Video tular dakwa anggota beruniform buang sampah dari kenderaan PBT

LocalEnvironment
22 Jun 2026 • 4:59 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Anggota beruniform buang sampah dari kenderaan.

Satu rakaman video papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial mengundang perhatian ramai selepas memaparkan tindakan seorang individu dipercayai anggota badan beruniform membuang sampah keluar dari sebuah kenderaan penguat kuasa.

Menerusi rakaman berkenaan, sebuah kenderaan yang didakwa milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dilihat sedang bergerak di atas jalan raya sebelum seorang individu dari dalam kenderaan tersebut dipercayai membuang sampah ke luar melalui tingkap.

Video itu kemudiannya dimuat naik ke media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan berkenaan, lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan individu yang dilihat memakai uniform serta menggunakan kenderaan rasmi agensi berkenaan.

Baca juga:
Image from: Video tular dakwa anggota beruniform buang sampah dari kenderaan PBT

Rata-rata pengguna media sosial berpendapat tindakan tersebut tidak wajar dilakukan kerana penjawat awam dan anggota penguat kuasa seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat dalam menjaga kebersihan serta mematuhi peraturan.

Susulan penularan video itu, ramai netizen mula menandakan atau ‘tag’ akaun rasmi PBT bagi mendapatkan penjelasan berhubung insiden berkenaan. Selain PBT berkenaan, beberapa pengguna turut memetik nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh serta agensi-agensi kerajaan lain supaya perkara tersebut diberi perhatian.

Sumber: Thread tyr.v___

The post Video tular dakwa anggota beruniform buang sampah dari kenderaan PBT appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved