[VIDEO] Tular Individu Dipukul Orang Awam Terlibat Kes Curi Kenderaan Kini Disiasat Pihak Polis

23 Jul 2022 • 11:19 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dipukul orang awam selepas ditangkap terlibat kes curi kenderaan

[VIDEO] Tular Individu Dipukul Orang Awam Terlibat Kes Curi Kenderaan Kini Disiasat Pihak Polis. Seorang lelaki terlibat dalam kes curi kenderaan di sekitar bandar Kuching dibelasah sekumpulan orang awam bertubi-tubi sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Rakaman video berdurasi dua minit 50 saat itu tular di Facebook selepas dimuat naik oleh pemilik akaun bernama Boboi Sot.

image is not available
[VIDEO] Tular Individu Dipukul Orang Awam Terlibat Kes Curi Kenderaan Kini Disiasat Pihak Polis. Tangkapan layar dari FB Boboi Sot

Pihak polis kini jalankan sisasatan ke atas kes tersebut.

Telah dilaporkan bahawa, video tular tersebut telah dikesan pihak polis di Facebook kira-kira jam 10 malam dan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung tindakan sekumpulan individu yang memukul suspek curi kenderaan itu.

Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk kejadian suspek dipukul oleh orang awam.”

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah

Tambahnya, suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan direman sehingga 21 Julai.

Netizen tidak setuju tindakan orang awam memukul suspek

image is not available
[VIDEO] Tular Individu Dipukul Orang Awam Terlibat Kes Curi Kenderaan Kini Disiasat Pihak Polis. Sumber: FB Boboi Sot

Negara kita ini ada undang-undang, seeloknya kita sebagai orang awam tidak bertindak secara melulu sehingga melangkaui undang-undang yang sudah termaktub di negara ini.

Sebelum ini juga pernah tular kes curi kenderaan Toyota Prado di Tabuan Desa Kuching. Baca pautan dibawah: