(VIDEO) Tular Kapal Terbang Tunggu Giliran Nak ‘Take Off’ Di KLIA, Cetus Komen Mencuit Hati – “Comelnya Beratur Tunggu Turn”

LocalEntertainment
2 Jan 2025 • 4:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Trafik sesak dan jalan dipenuhi dengan kereta adalah perkara biasa yang selalu kita lihat atau lalui setiap hari.

Namun, video yang tular di TikTok baru-baru ini meraih perhatian dan mengundang pelbagai reaksi netizen apabila kapal terbang sangkut dalam ‘kesesakan’ di lapangan terbang.

Menerusi rakaman yang dikongsi @abekoya79 di TikTok, sebuah kapal terbang milik Malaysia Airlines dilihat membuat pendaratan yang ‘smooth’ di KLIA.

image is not available

Namun, apa yang lebih mendapat perhatian adalah barisan kapal terbang yang terpaksa ‘beratur’ dan menunggu giliran masing-masing untuk berlepas menuju ke destinasi yang dijadualkan.

Traffic jem di KLIA runaway 32L.

Selain pesawat Malaysia Airlines, lapan kapal terbang lain milik syarikat penerbangan antarabangsa dilihat menunggu di dalam barisan untuk memulakan penerbangan.

Video tersebut mendapat pelbagai respon dan komen mencuit hati daripada netizen yang mengulas tentang situasi berkenaan di mana ramai yang berkata ‘pemandangan’ sebegitu jarang dapat dilihat.

Sesetengah netizen berseloroh dan berkata kapal terbang juga terpaksa menghadapi ‘trafik sesak’ seperti kereta dan segelintir individu pula sempat memuji juruterbang MAS yang melakukan pendaratan pada awal video.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 hours ago

40 Lorong Khas Imbasan Kod QR Imigresen Akan Dibuka Di KLIA T1 & T2 Bulan Ini