Video Tular Kematian Jemaah Haji Di Terowong Mina, TH Sahkan Ia Palsu

13 Jul 2022 • 10:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan kes kematian melibatkan beberapa jemaah haji di terowong di Mina.

Bagaimanapun pihak Lembaga Tabung Haji (TH) segera tampil menjelaskan bahawa berita dan video kematian jemaah haji yang tersebar itu adalah palsu.

“Berita palsu! Berita yang tular di media sosial berkenaan kematian di terowong di Mina adalah PALSU!”, tegas TH dalam satu kenyataan di Facebook sebentar tadi.

Dalam pada itu, tambah TH, video tersebut sebaliknya adalah rakaman tragedi lama yang pernah berlaku di lokasi tersebut kira-kira tujuh tahun lepas.

“Turut tersebar adalah video dari tragedi yang berlaku pada tahun 2015,” maklum kenyataan itu.