
Kenderaan terbakar berlaku di trafik Metrocity
[VIDEO] Tular Kereta Hangus Di Metrocity Matang, Tetapi ‘Mo Salah’ Ini Pula Jadi Perhatian Netizen. Telah tular di laman sosial di mana berlakunya kejadian yang memaparkan sebuah kenderaan mengeluarkan asap tebal di atas jalan raya Metrocity, Matang.
Namun, apa yang mencuit hati para netizen adalah apabila seorang individu iras pemain bola sepak profesional telah datang dan cuba untuk menolong keadaan yang mencemaskan tersebut.

Ngam pulak dia guna baju merah masa datang menyelamatkan keadaan
Menerusi kapsyen, lelaki yang datang itu mirip seperti Mo Salah, iaitu pemain bola sepak profesional Mesir yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Perdana Liverpool.
Pemilik video tersebut (tukang rakam) hanya ingin mengambil video kejadian tersebut namun, datang pula individu yang tidak disangka-sangka datang ingin menyelamatkan keadaan.
Lihat video penuh di bawah:
@raideneimiko Kereta hangus di matang heritage berdepan metro city mall. (Tiba tiba ada Mo Salah datang ). Apa apa pun semoga owner kereta selamat dan di permudahkan urusannya lepas tok #kuchingsarawak ♬ original sound – Paimon Impact!

Komen-komen netizen turut mencuit hati
Video berdurasi 14 saat itu telah menarik perhatian netizen dan raih sebanyak 609.1K kali tontonan dan 47.8k tanda suka.
Kehadiran individu tersebut telah mencuit hati para netizen semasa kejadian mencemaskan sedang berlaku. Lihat komen netizen di bawah:



