Video tular: Polis kesan kumpulan lelaki bergaduh guna senjata tajam

17 Nov 2023 • 8:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar insiden pergaduhan di hadapan sebuah premis di Johor Bahru pada Rabu lepas.

JOHOR BAHRU - Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan menggunakan senjata tajam di hadapan sebuah premis di bandar raya ini pada Rabu lepas, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian tersebut berlaku, namun memaklumkan tiada laporan dibuat oleh mangsa atau pun pihak terlibat, setakat ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada Rabu lepas kira-kira 11.25 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.

"Pihak polis masih giat mengesan semua yang terlibat bagi membantu siasatan.

"Kami telah buka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Azlinda Mohd Khalid di talian 017-2765250.

Sebelum itu, tular dua video berdurasi enam saat hingga satu minit 25 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun Pang Chong di laman Facebooknya yang memparkan mengenai insiden pergaduhan terbabit. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved