(VIDEO) Tular Resipi Sambal Belacan Udang Bakar Di TikTok, Ringkas Je Nak Buat!

Cooking
23 Sep 2022 • 2:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menu masakan udang pastinya akan menambat selera sesiapa sahaja terutamanya penggemar makanan laut.

Seorang wanita baru-baru ini ada memuat naik video resipi sambal belacan udang bakar yang dilihat menyelerakan sehingga menjadi viral di TikTok.

Bukan sahaja sedap, tapi ia juga mudah untuk disediakan. Jom ketahui cara-cara membuatnya.

Bahan-bahan diperlukan hanyalah seekor udang sungai, cili, belacan dan serbuk penambah perisa.

Cara-caranya adalah seperti di bawah.

1. Bakar udang menggunakan pemanggang di atas dapur gas sehingga separuh masak.

2. Tumbuk cili dan belacan sehingga hancur, kemudian masukkan sedikit serbut penambah perisa.

3. Ambil otak udang dan masukkan ke dalam lesung batu.

4. Kemudian, keluarkan dan leraikan isi udang, masukkan semuanya ke dalam lesung batu.

5. Tumbuk semula isi udang bersama bahan-bahan tadi sehingga sebati.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen sudah tidak sabar untuk mencuba resipi sambal belacan udang bakar itu kerana ternampak sungguh menyelerakan.

image is not available

Sumber : TikTok  

Kata wanita itu lagi, bukan udang sungai saja boleh, udang putih juga boleh digantikan dalam resipi ini.

Selamat mencuba!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 bulan lalu

"Kecur Air Liur" - Jom Cuba Resipi 'Egg In Hell', Hanya Seminit Je Nak Buat!