Video tular warga Bangladesh berhimpun di Bukit Bintang suntingan AI

LocalTechnology
17 Oct 2026 • 10:22 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Video tular warga Bangladesh berhimpun di Bukit Bintang suntingan AI

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Dakwaan berlaku perhimpunan membabitkan warga Bangladesh di Bukit Bintang baru-baru ini adalah tidak benar, sebaliknya rakaman yang tular dalam media sosial itu dikesan telah disunting menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata hasil semakan mendapati video asal yang dimuat naik itu sebenarnya merupakan sambutan tahun baharu pada 2022 di Bukit Bintang.

“Video itu merupakan video lama berlatarbelakangkan Bangunan Yayasan Selangor masih lama dan usang, isu yang dilaungkan dalam video itu ialah isu Commilla di Bangladesh pada tahun 2022,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Fadil juga mengesahkan tiada sebarang perhimpunan melibatkan warganegara Bangladesh mahupun mana-mana pihak direkodkan di sekitar Bukit Bintang sepanjang tempoh Januari hingga hari ini.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video dalam platform media sosial sejak beberapa hari lepas yang mendakwa sekumpulan warga Bangladesh berhimpun di ibu negara bagi menuntut wilayah Comilla diberikan kuasa pentadbiran sendiri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved