[VIDEO] Ubah suai motosikal bantu pindah mangsa banjir

5 Dec 2023 • 10:32 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Sepanjang dua minggu Rantau Panjang dilanda banjir, kerja Mohd Kalmiru Zuhairi membantu penduduk yang ingin berpindah serta memunggah barang.

image is not available
Mohd Kalmiru Zuhairi mengubah suai motosikal untuk membantu mangsa banjir.

image is not available
Menurut Mohd Kalmiru Zuhairi, walaupun dia dan bapa saudaranya tidak mempunyai sebarang kemahiran dalam bidang mekanik tetapi minat membatasi segalanya.

image is not available
Niat murni Mohd Kalmiru Zuhairi itu mendapat perhatian ramai apabila ciptaannya itu tular di laman sosial semasa dia melakukan kerja-kerja memindahkan mangsa banjir sepanjang dua minggu ini.

image is not available
Seorang anak muda dari Kampung Bawah Lembah, Gual Periok di Rantau Panjang menggunakan kreativiti dengan mengubah sebuah motosikal untuk digunakan meredah air bagi membantu mangsa banjir.

image is not available
Idea itu terhasil selepas Rantau Panjang dilanda banjir teruk pada awal tahun ini.

RANTAU PANJANG - Seorang anak muda dari Kampung Bawah Lembah, Gual Periok di sini menggunakan kreativiti dengan mengubah sebuah motosikal untuk digunakan meredah air bagi membantu mangsa banjir.

Niat murni Mohd Kalmiru Zuhairi Abdullah, 27, itu mendapat perhatian ramai apabila ciptaannya itu tular di laman sosial semasa dia melakukan kerja-kerja memindahkan mangsa banjir sepanjang dua minggu ini.

Dia yang merupakan seorang penanam sayur berkata, idea itu terhasil selepas Rantau Panjang dilanda banjir teruk pada awal tahun ini.

Anak kedua daripada tiga beradik itu memberitahu, sepanjang kerja-kerja menyiapkan motosikal tersebut, dia mendapat bantuan penuh daripada bapa saudara, Mazlan Mohamad, 48.

"Kami mengambil masa selama lima bulan untuk memastikan ia betul-betul berfungsi dengan baik di dalam air.

"Sebanyak RM500 dihabiskan untuk membeli kelengkapan," katanya kepada pemberita.

Menurut Mohd Kalmiru Zuhairi, walaupun dia dan bapa saudaranya tidak mempunyai sebarang kemahiran dalam bidang mekanik tetapi minat membatasi segalanya.

Ujarnya, motosikal tersebut boleh memuatkan empat orang dewasa dalam satu masa.

Dia memberitahu, sepanjang dua minggu Rantau Panjang dilanda banjir, kerjanya adalah membantu penduduk yang ingin berpindah serta memunggah barang.

"Alhamdulillah, walaupun bantuan ini tidak seberapa sekurang-kurangnya saya dapat berbakti kepada penduduk.

"Tiada bayaran dikenakan, ianya ikhlas dari saya untuk semua penduduk," katanya.