Video ucapan ‘anniversary’ tular semula, netizen doakan isteri Faisal Halim terus kuat

9 May 2024 • 7:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Video yang dikongsikan isteri Faisal Halim, Nur Syazwani Mizuana Shahril sewaktu menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima tular semula susulan kejadian tonggak utama Harimau Malaya terbabit disimbah asid pada Ahad lalu.

Sambut anniversary yang ke-5 tahun ini

Menerusi video yang berdurasi 17 saat itu, Syazwani telah memuat naik momen-momen sewaktu mereka bercuti di luar negara dengan kapsyen mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada suaminya.

“Happy 5th Anniversary! I love you with all my heart,” tulisnya ringkas.

@nrsyxzwny

Happy 5th Anniversary! I love you with all my heart @faisal halim

♬ suara asli – Yuni Rizkiyani – Yuni Rizkiyani

Ruangan komen isteri Faisal Halim dihujani kata2 semangat

Perkongsian video-video romantis mereka itu telah dihujani dengan komen daripada warganet terutama peminat bola sepak Tanah Air yang tidak henti-henti mendoakan agar isteri pemain sayap pasukan Selangor FC itu kuat menghadapi ujian ini serta kesembuhan Faisal.

image is not available

Ramai doakan isteri Faisal Halim terus kuat

image is not available

Terus kirimkan doa buat Faisal

image is not available

Semoga terus kuat sehingga Mickey diberi kesembuhan

image is not available

Syazwani mohon doa kesembuhan suami

Dalam pada itu, memetik laporan dari Majoriti, Syazwani memohon agar orang ramai dapat terus mendoakan kesembuhan suaminya.

Walaupun tidak mengulas lanjut berkenaan perkembangan Faisal Halim yang dikhabarkan sudah mulai menjamah makanan, wanita berkenaan berharap doa untuk kesihatan suaminya terus dipanjatkan supaya pemain bola sepak berusia 26 tahun itu dapat kembali seperti sedia kala.

“Doakan agar suami saya diberikan kesembuhan,”

Terus doakan kesihatan suami saya,” ujarnya ringkas.

image is not available

Terdahulu, Faisal Halim telah mengalami kecederaan lecur tahap empat susulan disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli belah di Damansara.

Difahamkan, beberapa kecederaan dialami meliputi kawasan kepala, pipi leher dan juga tangan.

Sumber: TikTok nrsyxzwny, Majoriti (Frezella Amil)