[VIDEO] ‘Walau dibakar, alam masih beri manusia makan’

Environment
22 Aug 2026 • 12:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Walau dibakar, alam masih beri manusia makan’

PETALING JAYA – Di sebalik kemusnahan akibat kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan, sekumpulan anggota pemadam kebakaran menemui ubi kayu yang ‘masak’ akibat bahang api ketika menjalankan tugas.

Detik bermakna itu mencuri perhatian selepas rakaman mengenainya dikongsikan menerusi akaun Threads, @Voxnetizens dan meraih perhatian ramai dalam kalangan netizen.

Berdasarkan rakaman tersebut, seorang anggota dilihat menggali tanah yang sudah hangus sebelum menemukan beberapa ubi kayu dipercayai telah masak akibat terdedah kepada suhu panas kebakaran.

Anggota berkenaan kemudian menikmati ubi kayu tersebut ketika berehat selepas bertungkus-lumus memadam kebakaran di kawasan berkenaan.

“Di tengah-tengah kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan, anggota pemadam yang bertungkus-lumus melawan api menemukan ubi kayu yang turut masak akibat bahang kebakaran sebelum menikmatinya ketika berehat,” menurut hantaran itu.

Rakaman berkenaan mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang tersentuh melihat alam masih memberikan sumber makanan meskipun kawasan berkenaan sudah terbakar.

Seorang pengguna, @Danielssirait berkata, kejadian tersebut sepatutnya menjadi peringatan kepada manusia supaya lebih menghargai dan menjaga alam sekitar.

“Alam yang sudah disakiti masih memberikan nikmat. Bayangkan jika alam dijaga dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Sementara itu, @Betawimodest meluahkan rasa syukur apabila ubi kayu berkenaan masih dapat menjadi rezeki kepada anggota yang sedang menjalankan tugas.

“Alhamdulillah, ubi kayu itu masak dan masih boleh menjadi rezeki kepada para petugas.

“Namun ironinya, rakyat dan petugas bertungkus-lumus melawan api, sedangkan kerajaan sering kali hanya sibuk selepas semuanya menjadi abu,” katanya.

Dia turut berharap pihak berkuasa tidak hanya bertindak selepas sesuatu bencana berlaku sebaliknya mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Walau dibakar, alam masih beri manusia makan’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved