[VIDEO] Wanita maut terjatuh dari puncak air terjun ketika bersantai 

17 Oct 2026 • 11:36 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Wanita maut terjatuh dari puncak air terjun ketika bersantai 

JAKARTA – Seorang wanita terjatuh dari puncak Air Terjun Robo di Kawasan Pentadbrian Kabupaten Lima Puluh Kota, wilayah Sumatera Barat, lapor saluran berita Metro TV semalam 

Mangsa diseret arus hingga jatuh ke dasar air terjun pada ketinggian lebih 100 meter sebelum mayatnya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat.

Insiden yang berlaku kelmarin dirakam dalam klip video yang tular di media sosial.

Rakaman menunjukkan mangsa sedang berbaring di aliran air di puncak Air Terjun Robo sebelum tiba-tiba terseret arus dan terjatuh ke bawah.

Mangsa yang dikenali sebagai Windy Rahma Putri, 25, merupakan penduduk Padang Pariaman. Dia  bersama beberapa rakannya berkunjung ke lokasi liburan tersebut kelmarin untuk menikmati suasana alam dan kesejukan air terjun.

Proses memindahkan mayat wanita itu bagaimanapun agak sukar kerana keadaan muka bumi dan persekitaran yang berisiko membahayakan petugas.

“Bekerja di lokasi sukar ini memerlukan peralatan keselamatan yang lebih banyak,” kata ketua pasukan SAR Kabupaten Lima Puluh Kota,  Roni semalam.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke rumah terdekat sebelum diserahkan kepada pihak keluarga. – AGENSI 

@bayarhutang_.1 AIR TERJUN ROBO , detik detik air terjun ROBO lembah harau #airterjunrobo #lembaharau #masukberanda ♬ Steel Ladle Overture – Kitty Marble

The post [VIDEO] Wanita maut terjatuh dari puncak air terjun ketika bersantai  appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved