[VIDEO] Wanita Tak Lagi Wajib Bertudung, Potongan Rambut Pendek Atau 'Boycut' Jadi Trend Di Arab Saudi

Men's Fashion
1 Dec 2022 • 6:01 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Susulan penghapusan peraturan kewajipan memakai tudung oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga anak pemerintah Arab Saudi, Raja Salman.

Kini kebanyakan wanita di negara itu menggunting rambut mereka dengan gaya rambut pendek atau ‘boycut

Mereka memilih untuk tidak bertudung dan berambut pendek dengan alasan itu lebih praktikal.

Bukan itu sahaja, mereka juga berpendapat berambut pendek adalah salah satu cara perlindungan diri.

image is not available

Seorang doktor perempuan yang ingin dikenali sebagai Safi memberitahu, gaya rambut pendeknya itu membantu diri lebih fokus terhadap pesakitnya.

“Orang ramai suka melihat kewanitaan dalam penampilan wanita. Gaya ini seperti perisai yang melindungi saya daripada orang ramai dan memberi kekuatan kepada saya,” kata Safi.

Trend ini juga diikuti oleh selebriti Arab Saudi, seperti pelakon Yasmin Raeis yang juga dikenali sebagai penyanyi Shirene.

image is not available

Menurut penandan rambut di Riyadh, permintaan untuk potongan rambut gaya lelaki melonjak naik terutamanya dalam kalangan wanita berusia lewat belasan dan dua puluhan.

“Gaya ini sangat terkenal sekarang, pembatalan kewajipan memakai tudung merancakkan lagi trend ini.”

Sebenarnya sejak beberapa tahun lalu, wanita di Arab Saudi tidak perlu lagi mengenakan tudung atau jubah berwarna hitam asalkan mereka berpakaian sopan dan menutup aurat.

image is not available

Dengan peningkatan kuasa Putera Mahkota Mohammad Salman, negara pentadbiran diraja itu menyaksikan peluasan hak asasi wanita termasuk keputusan membenarkan mereka hadir dalam acara sukan serta memandu kereta.

image is not available

Perubahan itu dianggap langkah progresif baharu ke arah pemodenan di negara pentadbiran diraja Islam konservatif itu.

Arab Saudi selama ini terkenal dengan peraturan yang ketat terhadap wanita hingga sering menerima kecaman di peringkat antarabangsa kerana dianggap mengamalkan diskriminasi ke atas golongan terbabit.