[VIDEO] Zoo Negara dilanda banjir, badak air ‘berenang’ dalam kandang

LocalEnvironment
11 Sep 2026 • 11:11 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Zoo Negara dilanda banjir, badak air ‘berenang’ dalam kandang

PETALING JAYA – Hujan lebat yang melanda sekitar ibu negara Rabu lalu menyebabkan beberapa kawasan dalam Zoo Negara dinaiki air sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan haiwan di situ.

Kejadian itu dikongsikan Timbalan Presiden Zoo Negara, Datuk Rosly Lana menerusi satu hantaran video di TikTok yang memaparkan keadaan beberapa kawasan zoo ditenggelami air berwarna keruh.

Berdasarkan rakaman tersebut, air dilihat memenuhi laluan dan kawasan sekitar kandang haiwan, malah paras air di sebuah kandang badak air meningkat dengan haiwan berkenaan dilihat berada di dalam air.

Rakaman sama turut memaparkan beberapa individu dipercayai kakitangan zoo meredah kawasan yang dinaiki air ketika hujan masih turun.

“Keadaan di Zoo Negara susulan hujan lebat yang menyebabkan zoo dilanda banjir.

“Jutaan terima kasih kepada Bomba Sukarela Gombak yang sentiasa pantas memberikan bantuan. Kekal selamat semua,” tulis Rosly menerusi hantaran berkenaan.

Tambah Rosly dalam ruangan komen, beliau mengesahkan kesemua haiwan di dalam zoo berkenaan berada dalam keadaan selamat.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai pengguna TikTok dengan sebahagian mereka melahirkan kebimbangan terhadap keadaan haiwan di Zoo Negara.

“Kasihannya dekat haiwan yang tenggelam-tengelam tu, terima kasih semua yang bantu zoo negara,” komen Ayda.

“Oyen selamat tak? Harap dia diselamatkan ketika banjir,” komen Nur Dinda.

“Bukan pertama kali zoo negara banjir, boleh pertimbangkan untuk pindahkan sebab sekeliling zoo semua dah naik pembangunan,” komen Arif. – KOSMO! ONLINE

@datukroslylana Keadaan di Zoo Negara susulan hujan lebat yang menyebabkan zoo dilanda banjir. Jutaan terima kasih kepada Bomba Sukarela Gombak yang sentiasa pantas memberikan bantuan. Stay safe semua #ZooNegara #Banjir #BanjirKilat #TamanMelawati #HujanLebat @Bomba Sukarela Gombak ♬ Dramatic – Sallandu

The post [VIDEO] Zoo Negara dilanda banjir, badak air ‘berenang’ dalam kandang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved