Vijayan Savarinathan mohon maaf, mengaku salah hina Islam – “Saya tak boleh kawal marah”

LocalPolitics
10 Mar 2025 • 2:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Vijayan Savarinathan mohon maaf

Seorang lelaki berbangsa India yang dikenali sebagai Vijayan Savarinathan mohon maaf atas tindakannya menghina agama Islam dan mengeluarkan kata-kata lucah melampau melalui satu rakaman video, tempoh hari.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Vijayan di laman Facebooknya, dia mengakui tidak dapat mengawal emosi berhubung dakwaan tiga penyampai radio Era FM mempersendakan upacara agama Hindu.

Vijayan Savarinathan mohon maaf

Dia yang menyesal dengan perbuatannya itu berharap orang ramai terutamanya kaum Melayu menerima permohonan maafnya ikhlas daripada hati.

“Saya Vijayan Savarinathan ada buat satu video, cakap lucah-lucah mengenai Melayu Muslim. Saya minta maaf daripada hati, apa saya buat memang tak patut.

“Disebabkan mereka (penyampai radio Era FM) buat video itu, saya tak boleh mengawal kemarahan sebab dihina tapi itu bukan alasan saya untuk buat video tempoh hari.

“Kepada semua rakyat Malaysia, saya minta maaf,” ujarnya.

Vijayan Savarinathan mohon maaf

image is not available

Balik Malaysia dan mohon maaf

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta supaya Vijayan Savarinathan kembali ke Malaysia untuk memohon maaf seperti mana usaha yang dilakukan oleh tiga penyampai radio Era FM hadir ke Batu Caves demi berjumpa pengasas dan Presiden Persatuan Kebajikan Dinamik Sinar Kasih Malaysia.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Netizen gesa pihak berkuasa ambil tindakan!

Dalam pada itu, ramai berharap lelaki terbabit dikenakan tindakan undang-undang sewarjarnya memandangkan dia secara jelas menyentuh isu 3R (kaum, agama dan raja).

image is not availableimage is not availableimage is not available

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi tiga minit 49 saat yang memaparkan lelaki terbabit menghina Islam, termasuk mengeluarkan kata-kata kesat.

Hasil siasatan polis mendapati Vijayan Savarinathan berada di luar negara dan video yang dimuat naik oleh lelaki itu pada 5 Mac telah dipadam selepas menerima kecaman orang ramai.

Sumber: Facebook @Vijayan Savarinathan