Villa bangkit hebat, PSG tetap ke separuh akhir

Football
16 Apr 2025 • 7:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Konsa meledak jaringan ketiga Villa di Villa Park. Foto: Agensi

IMPIAN Paris Saint-Germain (PSG) untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali pertama menyala apabila berjaya menyingkirkan cabaran Aston Villa dengan agregat tipis 5-4, selepas tewas 2-3 di Stadium Villa Park pada Rabu.

Les Parisiens bimbingan Luis Enrique bermula garang apabila memimpin perlawanan dengan dua gol dihasilkan bek sayap lincah, Achraf Hakimi (m-11) dan Nuno Mendes (m-27), untuk membungkam sorakan penyokong tuan rumah.

Bagaimanapun anak buah Unai Emery yang tewas 1-3 di Stadium Parc des Princes, tidak mengalah apabila bangkit apabila Youri Tielemans menjaringkan gol yang terbias pada minit ke-34.

The Villans antara dua wakil Liga Perdana Inggeris (EPL) selain Arsenal di fasa lapan terbaik kemudiannya melebarkan jaringan pada separuh masa kedua dengan dua gol menerusi John McGinn (m-55) dan Ezri Konsa (m-57), untuk kedudukan 3-2.

Kelab Birmingham itu terus menggempur kubu Les Parisiens, namun ketangkasan memaksa penjaga gol Gianluigi Donnarumma berjaya menafikan rangkaian jentera The Villans bagi memastikan kemenangan agregat kekal milik kelab Ligue 1 Perancis itu.

Anak buah Enrique akan menanti pemenang perlawanan Real Madrid atau Arsenal yang akan bertarung di Stadium Santiago Bernabeu pada Khamis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved