Village Grocer buka cawangan ke-27 di pusat beli-belah Hartamas
zulfadli
04/08/2023 - 09:34
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Pasar raya premium Village Grocer membuka cawangan ke-27 mereka di Hartamas Shopping Centre, sebuah lokasi komuniti yang terletak di tengah-tengah kejiranan Sri Hartamas.
Pembukaan baharu seluas 26,000 kaki meter persegi itu menambah kepada kemudahan sedia ada komuniti Sri Hartamas dengan pelbagai jenis barangan runcit berkualiti tinggi, pengalaman membeli-belah yang menyenangkan dan perkhidmatan yang mesra.
Pengarah Eksekutif Kumpulan The Food Purveyor, Ivan Tan berkata, pihaknya yakin dapat menyediakan tawaran yang berbeza kepada pelanggan yang bijak.
"Kami berbangga kerana diterima dan diberikan pengiktirafan oleh Malaysia Land Properties Sdn Bhd atas pembukaan di Pusat Beli-belah Hartamas, menjadikan jarak membeli-belah barangan runcit lebih pendek kepada masyarakat di sini di Sri Hartamas," katanya dalam kenyataan media di sini.
Ketua Pegawai Eksekutif The Food Purveyor, Kok Kian Kee pula berkata, barangan segar dan keperluan pantri mereka diperoleh dari dalam dan luar negara.
"Kami mahu memberikan pelanggan kami pengalaman yang bakal menambah rasa lebih enak dalam hidangan mereka dengan tawaran makanan terbaharu kami daripada snek gourmet kepada manisan yang lazat bagi memenuhi semua keinginan mereka.” kata ," katanya.
Selaras dengan nilai jenama mereka 'Passion To Delight', kedai ini dirancang dengan teliti bagi meningkatkan pengalaman membeli-belah dengan menyediakan kemudahan pembelian barangan runcit yang mudah dengan pelbagai pilihan hasil segar, daging berkualiti tinggi dan makanan laut membabitkan rangkaian produk runcit tempatan serta antarabangsa yang luas, kafe dan kedai bunga.

Village Grocer menawarkan pelbagai pilihan sayur-sayuran organik dan sayur-sayuran tempatan yang tiba setiap hari dari Cameron Highlands serta buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang diterbangkan terus terutamanya dari Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan New Zealand bagi memastikan kesegarannya terpelihara dengan baik.
Selain itu, daging lembu Australia berkualiti premium dan potongan kambing New Zealand, termasuk kepingan daging burger wagyu dan daging perap sedia untuk dimasak. Bahagian makanan laut pula menawarkan pelbagai jenis ikan tempatan yang segar dan salmon segar yang dihantar melalui udara.

Village Grocer mempunyai lebih 2,400 produk untuk kategori keperluan pemakanan kesihatan yang terdiri daripada organik, makanan super, bebas gluten, bebas gula, bebas tenusu dan vegetarian termasuk produk sejuk beku vegan dan vegetarian.
Untuk meraikan pembukaan rasmi, Village Grocer Hartamas Shopping Centre menawarkan pelbagai ganjaran menarik, diskaun lanjutan, diskaun RM10 bagi pembelian minimum RM100 dalam meraikan pembukaan ke-27 bermula 3 Ogos sehingga 3 September 2023 dan beg penghargaan percuma dengan pembelian minimum, sementara stok masih ada.


Village Grocer menawarkan ganjaran kesetiaan dengan 1 mata Bites untuk setiap RM2 yang dibelanjakan. Daftar segera untuk program kesetiaan Bites dan dapatkan E-baucar, pelbagai faedah ahli termasuk ganjaran hari lahir, promosi eksklusif bagi ahli sahaja dan keahlian seumur hidup percuma. - DagangNews.com



