
Pada 2004, Village Grocer bermula dengan pasar raya pertamanya di Bangsar Village. Setelah bertahun lamanya, ia telah menjadi peneraju pasar raya premium di Malaysia, berkhidmat kepada pelanggan di Pulau Pinang, Lembah Klang dan Johor. Berpegang teguh kepada slogannya,”Ghairah untuk Menggembirakan”, Village Grocer komited dalam membekalkan bahan mentah dan barangan runcit yang segar kepada pelanggannya setiap hari.
Pasar raya ke-30 Village Grocer di IOI Mall Puchong akan menawarkan para pelanggan kepelbagaian bahan mentah, barangan runcit dan makanan sedia dimakan yang ditempatkan di ruangan runcit melebihi 17,946 kaki persegi. Bagi meraikan pembukaan cawangan ke-30 ini dan ulang tahun ke-20nya, Village Grocer menawarkan potongan RM10 bagi setiap pembelian minimum RM100 dalam satu resit pembayaran dengan e-baucer bermula 7 hingga 30 Jun, 2024. Ahli baru Bites akan turut menerima beg membeli belah eksklusif yang percuma dan pelbagai faedah lain.
“Kami berbesar hati mengumumkan pertambahan pasar raya Village Grocer ke dalam barisan peruncit yang kami hormati di IOI Mall ini. Dengan komitmennya dalam memberikan kualiti, kepelbagaian dan khidmat pelanggan yang terbaik, Village Grocer adalah seiring dengan misi kami untuk memberikan pengalaman membeli belah yang tiada tandingannya kepada pelanggan yang kami hargai. Kami juga mengalu-alukan ketibaan Village Grocer ke pusat membeli belah kami dan berharap ia akan membawa kepada satu perkongsian yang sangat bermanfaat di masa hadapan,” ujar En. Chris Chong Voon Fooi, Ketua Pegawai Operasi (COO) Pelaburan Hartanah (MY), IOI Properties.
“Kami telah bergerak jauh sejak pembukaan pasar raya pertama kami di Bangsar Village pada 2004,” ujar En. Ivan Tan, Pengarah Eksekutif Kumpulan The Food Purveyor, syarikat yang memiliki dan mengendalikan Village Grocer. “Semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan pelanggan setia kami dan kami amat berbangga untuk menerima pengiktirafan ini daripada IOI Mall Puchong. Kami tidak sabar untuk berkhidmat kepada anda dan menjadi sebahagian daripada komuniti anda untuk tahun-tahun yang mendatang.”
“Kami juga amat teruja dengan pembukaan pasar raya ke-30 Village Grocer di IOI Mall Puchong,” kata En. Kok Kian Kee, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Food Purveyor, syarikat induk Village Grocer. “Village Grocer ditubuhkan atas prinsip komuniti, kualiti dan perkhidmatan. Para pelanggan kami di Puchong boleh menjangkakan dedikasi yang sama dalam membekalkan kesegaran, kepelbagaian dan pengalaman yang menjadikan Village Grocer satu jenama di setiap rumah seluruh Malaysia.”
Sebagai sebuah jenama tempatan, Village Grocer komited untuk menyumbang semula kepada komuniti. Ia secara aktif menyokong petani tempatan, perniagaan kecil dan kebajikan. Village Grocer juga serius dan bersemangat mengenai kelestarian serta telah menetapkan matlamat untuk bebas plastik. Village Grocer telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan dalam usahanya berhubung alam sekitar, sosial dan tadbir urus.
Untuk maklumat lanjut, sila layari villagegrocer.com.my.




