Vimeo Perkenal Vimeo Streaming – Memudahkan Pencipta Kandungan Lancar Perkhidmatan Penstriman Tersendiri

TechnologyDigital
5 Apr 2025 • 12:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vimeo merupakan salah satu penyedia yang memudahkan pengguna mengehoskan kandungan video melalui platform mereka. Tidak setakat itu, Vimeo turut menyediakan perkhidmatan khusus untuk perusahaan, dan terbaru mereka turut memperkenalkan perkhidmatan baharu dinamakan Vimeo Streaming.

image is not available

Melalui Vimeo Streaming, sesiapa sahaja termasuk pencipta kandungan dan pempengaruh boleh melancarkan perkhidmatan penstriman mereka tersendiri, termasuk aplikasi khusus untuknya.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pencipta kandungan menjana pendapatan baharu, selain memantau statistik dan data berkaitan melalui Vimeo Streaming. Vimeo mengatakan sesiapa boleh melancarkan perkhidmatan mereka tersendiri, tanpa perlu mengetahui sebarang ilmu pengaturcaraan.

Bagi anda yang berminat, boleh merujuk penawaran Vimeo Streaming, dan menggunakannya dalam membangunkan platform penstriman video mereka tersendiri.