Vinicius guna Arsenal umpan Real?

Football
6 Aug 2026 • 7:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Vinicius guna Arsenal umpan Real?

LONDON: Bekas pertahanan Liverpool Jamie Carragher menganggap Vinicius Junior hanya menggunakan minat Arsenal sebagai strategi untuk memperoleh kontrak baharu yang lebih lumayan bersama Real Madrid.

Pemain Brazil itu kini memasuki tahun terakhir kontraknya di Santiago Bernabeu selepas rundingan pembaharuan gagal mencapai kata sepakat selepas Piala Dunia Kelab tahun lalu.

Situasi itu menarik perhatian Arsenal, dengan pengendalinya, Mikel Arteta dilaporkan amat berminat membawa pemain berusia 26 tahun itu ke Stadium Emirates.

Malah, laporan menyebut Arsenal sanggup menjadikan Vinicius pemain dengan gaji tertinggi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimanapun, media Sepanyol melaporkan Vinicius masih mengutamakan usaha menyelesaikan masa depannya di Real dengan pengendali kelab itu, Jose Mourinho turut menegaskan beliau tidak mahu kehilangan pemain berkenaan.

Vinicius sendiri memberi bayangan positif mengenai masa depannya apabila memuji hubungan awalnya bersama Mourinho.

“Segalanya berjalan dengan baik. Saya sedang menyesuaikan diri dengan pengendali baharu serta pemain-pemain baharu dan bekerja keras dalam latihan.

“Mourinho mahu saya kekal seperti sebelum ini, gembira, ceria dan bermain dengan cara saya sendiri,” kata Vinicius.

Menurut Carragher, Arsenal memerlukan pemain bertaraf dunia seperti Vinicius jika mahu benar-benar mencabar kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah. – AGENSI/UTUSAN

The post Vinicius guna Arsenal umpan Real? appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved