Viral Isu Pelanggan Hotel Kena ‘Scam’ Waktu ‘Check In’, Rupanya Ramai ‘Review’ Pengalaman Buruk – “Owner Kurang Ajar”

27 Dec 2022 • 5:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Industri pelancongan di dalam negara semakin pulih selepas teruk jatuh akibat pandemik Covid-19 dan kini ramai dilihat turut menggalakkan orang lain untuk pergi bercuti.

Namun, ada juga yang bernasib malang dan perancangan percutian rosak disebabkan hal-hal yang buruk sehingga membuatkan mereka kerugian.

Itu yang berlaku kepada sebuah keluarga di mana mereka berkongsi pengalaman ditipu oleh tempat penginapan di Teluk Intan, Perak baru-baru ini.

image is not available

Menerusi perkongsian di Facebook, wanita dikenali sebagai Nazeerah Bashah itu berkata mereka dimaklumkan oleh staf tempat penginapan tersebut yang mendakwa tempahan dibuat menerusi satu laman web popular adalah scam.

Disebabkan itu, staf terbabit memintanya untuk membuat bayaran lain sebanyak RM180 untuk bilik baru jika mereka mahu bermalam di situ.

Kamu kena bayar RM180 untuk bilik baru atau batalkan. Jika kamu batalkan, kamu tidak akan mendapat refund.”

Menerusi komen pula, ramai individu lain berkongsi cerita mereka di bahagian review tempat penginapan tersebut di mana rata-ratanya melalui pengalaman yang buruk.

Segelintir individu turut mencadangkan agar laman web penginapan popular itu untuk membuang tempat penginapan tersebut daripada senarai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 bulan lalu

"Scam Ke Ni?" - 'Refund' Tiket Konsert Justin Bieber Masih Belum Diterima, Peminat Tak Puas Hati