
Tular di media sosial satu rakaman yang memaparkan pergaduhan di sebuah pangsapuri di Ukay Perdana, Ampang Jaya, apabila sebuah keluarga bertindak agresif selepas diminta membersihkan barangan yang memenuhi kawasan koridor.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada 22 Februari lalu, ketika pihak pengurusan menjalankan operasi bagi memastikan kawasan siar kaki tidak dipenuhi dengan barang peribadi penghuni.
Keluarga mengamuk bila diminta bersihkan koridor…
Dalam video yang tersebar, kelihatan banyak barangan ditinggalkan di koridor, antaranya kabinet, tong air, kipas, basikal kanak-kanak, dan pelbagai lagi perabot rumah.
Namun, keadaan bertukar kecoh apabila penghuni rumah itu bertindak agresif, menjerit, menengking, dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pihak pengurusan.
Seorang lelaki dalam video tersebut turut didengari berkata bahawa dia tidak peduli jika rakaman itu tular dan tidak kisah jika kes ini dibawa ke mahkamah.
Kau sikit-sikit mahkamah. Kau punya pasal la kau nak rakam. Dia ni muka bodh la. Bodh betul.- Katanya dalam rakaman tersebut.
Barang disita, keluarga perlu bayar kos pembersihan…

Difahamkan, semua barangan yang ditinggalkan di koridor telah disita oleh pihak pengurusan, dan keluarga berkenaan perlu menanggung kos pembersihan serta sewaan tong roro untuk membuang barang tersebut.
Lebih mengejutkan, keluarga tersebut dikatakan mempunyai tunggakan yuran penyelenggaraan sebanyak RM13,000, menyebabkan pihak pengurusan bercadang untuk membawa kes ini ke mahkamah.
Netizen yang menonton video tersebut rata-ratanya menyelar sikap penghuni berkenaan, yang bukan sahaja ingkar peraturan tetapi juga tidak menghormati pihak pengurusan yang hanya menjalankan tugas mereka.
Pemilik yang menduduki dalam kediaman berstrata hendaklah menghormati undang-undang sedia-ada dan tidak meninggalkan barang-barang / sampah di ruang siar kaki. Ianya tidak selamat dan juga menyebabkan kacau ganggu kepada pemilik-pemilik lain. Pengurusan mempunyai kuasa untuk sita barang-barang tersebut, dan semua kos boleh dikenakan terhadap pemilik yang menyebabkan kacau ganggu tersebut. #strata #siarkaki #kebersihan #jmb #ukayperdana #srimelor
#ApaKataOhmedia
Sebagai penghuni, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan kediaman.
Peraturan yang ditetapkan pihak pengurusan bukan untuk menyusahkan, tetapi bagi memastikan kawasan perumahan selesa dan selamat untuk semua.

Jap!
The post
appeared first on
.




