Viral Semula Rakaman Kontroversi Aksi Parut Kelapa Shuib Lepas Pendedahan Jep

Entertainment
6 Mar 2023 • 10:51 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Semalam, anggota kumpulan Sepahtu, Jep akhirnya mendedahkan punca mengapa Shuib tak muncul dalam rancangan Sepahtu Reunion Live (SRL).

Menerusi satu hantaran di Instagram, Jep dipercayai membuka mulut menjawab spekulasi yang selama ini menjadi tanda tanya peminat lebih-lebih lagi apabila Shuib menyertai Ubi Superstar Live.

Menurut Jep, semuanya bermula apabila Shuib digantung selama dua minggu berpunca daripada satu babak lucah memarut kelapa sehingga mengundang kecaman ramai.

Walaupun dah membuat permohonan maaf, Jep mendakwa Shuib seolah-olah tak berpuas hati dengan hukuman pergantungan itu.

Jep akhirnya keluarkan kenyataan

Susulan pendedahan itu, tular semula video memaparkan babak tersebut. Kelihatan Shuib ketika itu sedang memarut kelapa sambil membuat ekspresi muka sehingga perilakunya disalahtafsir.

Viral semula video parut kelapa

Dalam laporan Harian Metro pada 2020, Shuib membuat permohonan maaf secara terbuka selepas aksinya memarut kelapa pada program Sepahtu Live Reunion didakwa berunsur lucah. Kata Shuib, dia taak berniat sebegitu melainkan hanya untuk melawak.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.