VIRAL: Tayar Kereta Tercabut Selepas Rempuh Buaya Atas Lebuh Raya

26 Dec 2024 • 4:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gambar seekor buaya besar yang melintang di lebuh raya tular di media sosial selepas dilanggar di Jalan Penanjong di Tutong, Brunei.

Gambar yang dimuat naik ke internet itu menunjukkan bangkai buaya tersebut terbaring di atas jalan raya setelah dilaporkan dilanggar oleh sebuah SUV mini.

Salah satu tayar kereta itu juga kelihatan tercabut dari kedudukannya.

image is not available

Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen, sehingga ada yang mempersoalkan bagaimana pemandu boleh tidak menyedari kehadiran buaya tersebut.

Seorang pengguna, Bille Day, membuat spekulasi bahawa kereta tersebut mungkin dipandu laju sehingga pemandu gagal mengelak reptilia itu.