Viral: Wanita Maut Tercampak Keluar Dari Van, Ini Pula Kata Polis!

6 May 2025 • 6:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang wanita ditemui maut selepas dipercayai tercampak keluar dari sebuah van di tepi Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar menghala ke Petaling Jaya, sebentar tadi.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan mengesahkan mangsa bukan Datin Seri Pamela Ling yang dilapor hilang.

"Mangsa maut di lokasi dan kematiannya disahkan oleh pihak perubatan. Difahamkan berlaku pertengkaran antara mangsa dengan suspek yang dipercayai suaminya, sebelum mangsa tercampak keluar, namun siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Media sebelum ini melaporkan kehilangan Pamela Ling yang terus menjadi tanda tanya apabila dikatakan diculik lelaki dan wanita yang memakai ves serta seragam polis ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9 April lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved