Visi pelabuhan Labuan dapat sokongan meluas. Jadi pelabuhan pintar menjelang 2030

19 Oct 2023 • 4:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LABUAN: Visi Pelabuhan Labuan untuk menjadi pelabuhan pintar menjelang 2030 telah mendapat sokongan yang meluas daripada pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pakar akademik, pihak berkuasa tempatan dan pemain industri.

Usaha untuk memodenkan pelabuhan tersebut dilihat sebagai langkah penting ke arah meningkatkan kecekapan, jaringan dan daya saing di rantau ini.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah Prof Dr Romzi Ationg menekankan keperluan kepada usaha bersepadu daripada pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan industri untuk memastikan kejayaan projek bersifat transformatif ini.

“Peralihan Pelabuhan Labuan menjadi pelabuhan pintar menjelang 2030 adalah matlamat yang penting.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Bagi mencapainya, pihak berkuasa tempatan dan pemain industri perlu bekerjasama mengatasi cabaran dan halangan yang mungkin wujud dalam tempoh transformasi,” katanya kepada Bernama pada Rabu.

Dr Romzi berkata pelabuhan pintar menggabungkan teknologi terkini dan penyelesaian yang dipacu data untuk menyelaraskan operasi pelabuhan, meningkatkan keselamatan dan kecekapan secara keseluruhannya.

Transformasi sedemikian boleh meningkatkan aktiviti perdagangan dan ekonomi, yang amat penting untuk ekonomi Labuan sebagai zon perdagangan bebas dan pusat kewangan luar pesisir antarabangsa.

“Lokasi Labuan yang strategik di Laut China Selatan menjadikannya pintu masuk penting untuk aktiviti perdagangan dan perkapalan di rantau ini, menjadikan peralihan kepada pelabuhan pintar lebih penting,” katanya.

Dr Romzi berkata berdasarkan transformasi Pelabuhan Labuan mencatatkan kemajuan, sokongan dan kerjasama yang berterusan daripada pihak berkuasa tempatan dan pemain industri adalah penting untuk membawa Pelabuhan Labuan ke era digital, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai hab maritim utama di rantau ini.

“Kerjasama antara pengendali pelabuhan dan pihak berkuasa tempatan dilihat sebagai pemacu utama dalam memastikan kejayaan projek ini,” katanya.

Baru-baru ini, anak syarikat tidak langsung Straits Energy Resources Bhd, Straits CommNet Solutions Sdn Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan pengendali Pelabuhan Labuan, Megah Port Management Sdn Bhd untuk mentransformasikan Pelabuhan Labuan kepada pelabuhan pintar.

Dalam kenyataan Selasa lepas, Straits Energy berkata projek pelabuhan pintar itu sejajar dengan matlamat Kerajaan Persekutuan untuk mentransformasikan Labuan menjadi bandar pintar menjelang 2030, menerima pakai teknologi inovatif untuk membangunkan Wilayah Persekutuan itu dan meningkatkan kualiti hidup penduduknya.

Syarikat itu dijangka melabur sejumlah RM3.6 juta dalam dua fasa pertama projek pelabuhan pintar tersebut.

Fasa pertama dijangka siap dalam tempoh tujuh bulan manakala fasa kedua projek itu dijangka mengambil masa tambahan tujuh bulan.

Pihak berkuasa tempatan di pulau bebas cukai ini telah memulakan kerja-kerja asas untuk transformasi ini, termasuk pemasangan infrastruktur digital, penyepaduan peranti Internet of Thing dan meningkatkan ketelusan dalam pentadbiran dan keselamatan di tempat awam.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) Rithuan Ismail berkata misi untuk mentransformasikan Pelabuhan Labuan menjadi pelabuhan pintar sejajar dengan Pelan Struktur PL 2020-2040 dan Rangka Tindakan Pembangunan Labuan 2030 untuk menjadikan pulau itu sebagai bandar pulau pintar dan mampan.

“PL kekal teguh dalam sokongannya terhadap inisiatif yang menjana manfaat ekonomi untuk pulau ini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.