Vista Adesa bakal realisasi impian 1,200 keluarga miliki rumah

Business & Finance
20 Jul 2026 • 2:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Vista Adesa bakal realisasi impian 1,200 keluarga miliki rumah
Vista Adesa mencerminkan komitmen Radium dalam menyediakan kediaman berkualiti tinggi pada harga mampu milik di tengah Kuala Lumpur.
Image from: Vista Adesa bakal realisasi impian 1,200 keluarga miliki rumah
Barisan pengurusan Radium Development Berhad dan Pembinaan Bina Bumi Sdn Bhd pada Majlis Penyempurnaan Struktur Vista Adesa. Dari kiri, Pengarah Projek Radium Development Berhad, Kow Fook Huat; Pengarah Eksekutif, Chai Wou Hou; dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Gary Gan Kah Siong bersama Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Pembinaan Bina Bumi Sdn Bhd, Datuk Daren Kwan Aik Kiat (tiga dari kanan); Pengarah Projek, Liew Wee Min serta Pengurus Projek, Andde Len.
Image from: Vista Adesa bakal realisasi impian 1,200 keluarga miliki rumah
Gary Gan (kiri) bersama Daren Kwan menyaksikan pencapaian penting pembangunan Vista Adesa pada Vista majlis penyempurnaan struktur projek berkenaan.

LEBIH 1,200 keluarga bakal memiliki kediaman mampu milik di ibu negara menerusi pembangunan Vista Adesa di Sungai Besi yang dijangka siap pada suku kedua 2027.

Projek di bawah skim Residensi Wilayah itu mencapai satu lagi kemajuan penting susulan penyempurnaan keseluruhan struktur utama bangunan berkenaan.

Pengarah Urusan Kumpulan Radium, Datuk Gary Gan Kah Siong berkata, pencapaian itu membuktikan komitmen syarikat dalam menyediakan kediaman berkualiti pada harga mampu milik.

**media[3588565]**

“Penyempurnaan struktur Vista Adesa merupakan detik membanggakan buat Radium dan mencerminkan dedikasi kami terhadap aspirasi ‘Building Good’.

“Kami mahu menyediakan rumah yang bukan sahaja mampu dimiliki, malah terletak di kawasan strategik serta mempunyai kemudahan perhubungan yang baik,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Majlis penyempurnaan struktur tersebut diadakan di bumbung pembangunan Vista Adesa dengan dihadiri pengurusan kanan Radium Development Berhad (Radium) dan rakan projek.

Menurutnya, kemajuan tersebut membawa Radium selangkah lebih dekat untuk merealisasikan impian pemilikan rumah bagi lebih 1,200 keluarga dalam kawasan kejiranan yang pesat membangun.

Vista Adesa menawarkan sebanyak 1,218 unit kediaman berharga RM300,000 seunit bagi memenuhi keperluan keluarga bandar.

Setiap unit berkeluasan 800 kaki persegi dengan susun atur tiga bilik tidur dan dua bilik air.

**media[3588567]**

Projek itu mendapat sambutan positif sejak diperkenalkan berikutan kedudukannya kira-kira lima kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur.

Penghuni Vista Adesa juga bakal menikmati akses ke beberapa laluan utama termasuk Lebuhraya Sungai Besi, Terowong SMART, Lebuhraya Maju (MEX) dan Lebuhraya Salak.

Vista Adesa merupakan sebahagian daripada pembangunan Desa East Residences yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan kira-kira RM1 bilion.

Kemajuan projek berkenaan menyusuli sambutan pasaran terhadap Radium Adesa Residence yang terletak bersebelahan dan menawarkan kediaman dengan susun atur lebih luas.

Kedua-dua pembangunan itu sekali gus memperkukuh kedudukan Radium sebagai pemaju berteraskan Lembah Klang yang menyediakan kediaman untuk rakyat daripada pelbagai kumpulan pendapatan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved