Viu Menerima Suntikan Dana Pelaburan Hampir RM1 Bilion

TechnologyDigital
22 Jun 2023 • 9:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Viu, salah satu perkhidmatan penstriman video popular di rantau Asia, kini mengumumkan telah menerima suntikan dana pelaburan daripada sebuah syarikat penyiaran berpusat di Perancis, iaitu Canal+. Dibawah suntikan dana ini, Canal+ mendapatkan pegangan sebanyak 26.1% untuk pelaburan awal $200 juta yang boleh dipertingkatkan secara berperingkat kepada $300 juta.

image is not available

Disamping itu, Canal+ juga diberikan peluang untuk menambah lagi suntikan dana pada Viu yang boleh membawa pegangan pada perkhidmatan tersebut mencapai 51%. Pelaburan ini dijangka menguntungkan kedua-dua pihak yang sedia dalam arena kandungan video.

Viu sendiri pada hari ini mempunyai lebih 66 juta pengguna aktif bulanan, dan 12 juta pengguna berbayar. Malah, di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia, Viu adalah antara perkhidmatan penstriman yang popular dan digunakan ramai. Pada tahun 2022 lepas, Viu mencatatkan pendapatan melangkaui $250 juta, memperlihatkan peningkatan 36% dari tahun ke tahun.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved