Vivo Memberikan Tambah Nilai Percuma Touch n’ Go RM100 Dengan Pembelian V27

TechnologyDigital
18 May 2023 • 1:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo Malaysia kini menyambut ulang tahun ke-lapan peranti siri V keluarannya dengan menyediakan pelbagai tawaran menarik selama sebulan kepada orang ramai. Kempen yang bermula sejak 11 Mei hingga 12 Jun hadapan menyaksikan tawaran hebat diberikan sebagai penghargaan kepada pengguna.

image is not available

Antara yang menarik apabila Vivo menawarkan pin tambah nilai Touch n’ Go bernilai RM100 dengan pembelian telefon pintar terkininya V27. Bagi melayakkannya, anda bagaimanapun perlu menunjukkan peranti siri V yang lama sewaktu pembelian tanpa melibatkan proses tukar-ganti.

image is not available

Selain itu, vivo juga bekerjasama dengan Christy Ng dalam menawarkan beg edisi terhad untuk pembelian V27 sepanjang kempen ini. Kemudian Vivo juga mengadakan bengkel fotografi khas di sejumlah negeri seperti Kuala Lumpur, Penang, Sarawak dan Johor. Pelbagai hadiah menarik dan sesi ramah-mesra juga disediakan bertujuan menjadikannya lebih menarik.