Vivo Mempunyai Perancangan Meluaskan OriginOS Ke Pasaran Global

Digital
26 Sep 2025 • 12:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo dilihat bersedia melakukan perubahan besar dalam sokongan perisian telefon pintarnya dengan pelancaran global OriginOS 6. Berasaskan Android 16, versi terbaharu ini menandakan kemunculan sulung OriginOS di peringkat global sekali gus menggantikan Funtouch OS yang digunakan sebelum ini.

image is not available

OriginOS 6 bakal hadir dengan antara muka baharu yang lebih segar dan ciri pintar yang dipertingkatkan. Antara pembaharuan menarik termasuk skrin kunci yang boleh disesuaikan dengan rekaan lut sinar serta teknologi paparan masa nyata yang meniru kesan cahaya semula jadi. Paparan jam digital juga akan berubah mengikut pencahayaan untuk kesan paparan yang lebih realistik.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Selama ini, vivo menggunakan dua sistem operasi iaitu OriginOS untuk pasaran China dan Funtouch OS untuk pengguna global. Funtouch OS menawarkan pengalaman mirip Android asli manakala OriginOS hadir dengan rekaan lebih kreatif, animasi menarik serta widget lebih pintar.

vivo mengesahkan bahawa OriginOS 6 akan dilancarkan secara rasmi di China pada 10 Oktober 2025. Siri vivo X300 dan iQOO 15 akan menjadi peranti pertama yang didatangkan dengan sistem operasi baharu ini secara terbina.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved