Vivo Mengesahkan Kewujudan V50 Dalam Imej Promosi Rasmi

TechnologyDigital
3 Feb 2025 • 1:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo telah mengesahkan kewujudan model V50 secara rasminya menerusi imej promosi rasmi sejeka beberapa lalu. Telefon pintar pertengahan baharu ini dijangka mengekalkan DNA dinamik jenama ini melalui rekaan lebih segar bersama perkakasan dalaman terkini.

image is not available

Masih tidak jelas mengenai tarikh pelancaran rasmi tetapi dijangka boleh tiba sekitar Februari ini. Selain itu timbul desas-desus bahawa sistem kamera ZEISS masih dikekalkan pada model baharu ini. Vivo sedia menggunakan sistem kamera berkenaan sejak dua generasi sebelum iaitu V30 Pro dan V40 Pro.

Tidak kurang juga yang berpendapat ia mungkin meminjam beberapa aspek yang sama seperti siri S20 di China. Ia turut didapati melepasi persijilan SIRIM di Malaysia menandakan mungkin boleh melihatkan penawarannya dalam masa terdekat. Untuk lebih lanjut sama-sama nantikan kemaskini daripada Vivo dari masa ke semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved