Vivo V27e Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 1 Mac

TechnologyDigital
21 Feb 2023 • 5:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kewujudan Vivo V27e telah diacah secara rasmi menerusi laporan terdahulu. Perbezaan ketara boleh dilihat apabila tiada lagi konsep panel belakang boleh berubah warna digunakan pada variasi kali ini. Sebaliknya kemasannya tampak lebih bergaya berserta ciri Aura Light bagi membantu tangkapan gambar dalam pencahayaan rendah.

image is not available

Bagi yang bertanya mengenai tarikh pelancaran peranti, ia telah dijadualkan tiba di Malaysia pada 1 Mac hadapan. Maklumat lanjut mengenai peranti yang diketahui setakat ini agak terhad. Di mana kamera dengan sensor utama 64MP OIS akan digunakan. Ini dipadankan pula dengan tubuh peranti yang berkotak bersama skrin rata sejenis berlubang.

Kalau diikutkan, peranti ini belum dilancarkan secara rasmi di mana-mana pasaran. Ini sekaligus memberi gambaran awal bahawa Malaysia mungkin antara terawal yang menerimanya. Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan.

View Original Article