Vivo V29 Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

TechnologyDigital
4 Jul 2023 • 2:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo V29 ialah peranti yang masih belum dilancarkan secara rasmi di mana-mana pasaran. Ia bagaimanapun telah ditemui menerusi laman SIRIM yang menandakan pelancaran di Malaysia boleh diadakan dalam masa terdekat.

image is not available

Peranti telah didaftarkan oleh VTALENT Business Sdn Bhd dengan kod nama V2250 (Vivo V29) sejak 28 Jun yang lalu. Persoalan mula timbul mengenai reka bentuk dan perkakasan dalaman peranti yang masih tidak diketahui buat masa ini. Namun kita boleh menyasarkan peranti bertubuh nipis masih digunakan untuk siri baharu ini, di samping lebih banyak ciri menarik lain turut diberikan.

image is not available

Dalam pada itu, peranti juga dijangka hadir dengan variasi pro memandangkan kewujudannya sebelum ini pernah diacah oleh Vivo Global. Laman pengiklanan peranti bagaimanapun telah diturunkan semula atas sebab yang tidak dapat dipastikan.