Vivo V29 tampil dalam merah jambu, sertai kempen Mencari Cinta untuk menang hadiah

Digital
21 Nov 2023 • 6:11 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apabila bercakap mengenai Cinta Pertama (First Love), mesti terbayangkan hati berwarna merah jambu, betul tak? Itulah warna baharu Vivo V29 5G, First Love Pink yang akan dilancarkan oleh Vivo Malaysia.

Sentuhan rona lembut cinta pertama pada telefon pintar pintar V29 5G ini bukan sekadar warna, tetapi melambangkan perasaan. Ia membangkitkan ingatan tentang kasih sayang dan momen romantis.

image is not available

Peraduan Sertai Cinta

Bersempena dengan pelancaran skema warna baharu V29 5G ini, Vivo turut menganjurkan Kempen Sertai Cinta (Join The Love Campaign) dan berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif dengan hanya berkongsi gambar yang menunjukkan gaya hati (heart pose

Untuk anda yang berminat, berikut langkah-langkah yang perlu anda lakukan:

image is not available

  1. Buat gaya hati di hadapan kamera dengan meletakkan kedua-dua tangan di atasnya (boleh rujuk gambar di atas)
  2. Muat naik foto di sini dan simpan di dalam galeri telefon
  3. Siarkannya pada ruangan komen di bawahnya dengan tanda pagar #vivoV295GFirstLove #AuraPortraitNowSmart untuk melengkapkan penyertaan

Spesifikasi Vivo V29 5G

Sebelum ini, Vivo V29 5G dengan skrin paparan  paparan AMOLED 6.78" beresolusi 2800 x 1260 turut diperkenalkan dalam pilihan warna Starry Purple dan telah mendapat sambutan hangat daripada peminat jenama ini.

Antara ciri menarik skrin telefon ini adalah seperti sokongan PWM 2,160Mhz dan juga sokongan HDR10+ yang menandakan kecerahan skrin boleh mencapai 1,000nits dalam keadaan tertentu.

image is not available

Vivo V29 5G ditunjangi Qualcomm Snapdragon 778G yang bergandingan bersama RAM 12GB serta storan sehingga 512GB. Kadar segar semula yang dimiliki panel paparan ini adalah 120Hz.

Ciri flagship vivo V29 5G adalah Aura Light Portrait 2.0 iaitu sistem pencahayaan di belakang kamera yang boleh berubah suhu warna dan kecerahan. Sistem bateri berkapasiti 4,600mAh dan boleh dicas menggunakan blok pengecas 80W FlashCharge. 

image is not available

Telefon pintar ini dilengkapi kamera utama 50MP (OIS) bersama dua lagi kamera sokongan yang ia ada adalah kamera ultralebar 8MP dan juga kamera monokrom 2MP. Selfie pula diambil menggunakan kamera 50MP.

Vivo V29 5G warna merah jambu ini, dijangka akan dijual dalam dua pilihan varian:

RM1,899 RAM 8GB + Storan 256GB
RM2,099 RAM 12GB + Storan 512GB

Pastikan anda terus melayari Facebook dan TikTok rasmi Vivo untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Vivo V29 5G ini.

Bacaan berkaitan: