Vivo V30e dengan Aura Light 3.0 mula ditawar pada harga RM1,399

Digital
2 May 2024 • 6:52 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Vivo Malaysia hari ini melancarkan Vivo V30e. Ini adalah model ketiga dalam keluarga Vivo V30 selepas V30 Pro dan V30 mereka lancarkan tak lama dulu. Lebih menarik, Vivo V30e adalah model paling mampu milik dalam kalangan tiga beradik itu.

image is not available

Harga Vivo V30e di Malaysia

Vivo V30e sudah mula dijual di Malaysia. Buat yang berminat untuk mendapatkannya, tanda harga yang dimilikinya adalah RM1,399. Anda boleh dapatkannya menerusi Lazada, TikTok, Shopee ataupun gedung dalam talian Vivo sendiri.

image is not available

Anda boleh pilih sama ada warna Cloud White ataupun Coco Brown.

image is not available

Spesifikasi Vivo V30e di Malaysia

Vivo V30e adalah sebuah telefon dengan skrin 6.78". Ia gunakan panel IPS LCD dengan resolusi FHD+ dan berkadar segar semula 120Hz.

image is not available

Atas papan utama, telefon ini diperkasa Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1 dan menyokong rangkaian 5G untuk kedua-dua slot SIM-nya. SoC itu digandingkan bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Kedua-duanya boleh ditambah baik, masing-masing menerusi ciri RAM maya dan slot mikro-SD yang disediakan.

Untuk mengambil gambar, Vivo sediakan dua buah kamera belakang. Kamera utamanya mengguna pakai sensor 50MP IMX882 sementara kamera kedua adalah yan gbersudut pandang lebar dengan sensor 8MP. Kekuatan siri V terletak pada kamera depan kerana anda dibekalkan kamera 32MP. Komponen Vivo Auralight masih dikekalkan pada model ini, sama seperti dua sarudaranya yang lain.

image is not available

Vivo V30e ada bateri gergasi. Bateri yang terkandung padanya adalah 5,500mAh dan ia dicas menggunakan blok pengecas 44W yang disediakan di dalam kotak.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.