Vivo V50 Lite 5G Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

TechnologyDigital
24 Feb 2025 • 4:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo nampaknya dalam perancangan hadir dengan telefon baharu dalam siri V50 dalam masa terdekat ini. Meskipun masih belum diumumkan secara rasmi tetapi pengesahan SIRIM baharu memperlihatkan vivo V50 Lite 5G telah pun melepasi proses pengesahan di Malaysia. Ia muncul dengan model V2440 (V50 Lite 5G) dan didaftarkan oleh nama pemohon Vtalent Business Sdn Bhd sejak 14 Februari yang lalu.

image is not available

Seperti dikatakan tadi, telefon pintar ini belum dilancarkan secara rasmi di mana-mana pasaran. Malahan butiran mengenai spesifikasi dalaman juga masih tidak diketahui secara khusus. Namun apa yang pasti kita boleh menjangkakan bahawa V50 Lite 5G akan menjadi pilihan yang lebih mampu milik berbanding versi V50 yang pernah diumumkan di India sebelum ini.

image is not available

Untuk rekod, V50 telah direka untuk meningkatkan pengalaman fotografi potret mudah alih. Ia menampilkan sistem potret dengan kerjasama ZEISS dan bateri besar yang dimuatkan dalam rekaan tubuh serba nipis setebal hanya 7.39mm. Ia merupakan peranti pertengahan yang dikuasai oleh cip Snapdragon 7 Gen 3, di samping menyertakan tri-kamera ZEISS 50MP dengan OIS di hadapan dan belakang.

Pada masa yang sama menyertakan AI Studio Light Portrait 2.0 turut dinaiktaraf untuk pencahayaan berkualiti studio yang lebih terang khususnya dalam scenario pencahayaan malap. Bateri juga besar 6000mAh lebih besar yang boleh dicas melalui port USB-C dan sistem pengecasan 90W FlashCharge.