Vivo V50 Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1,899

TechnologyDigital
13 Mar 2025 • 6:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo telah melancarkan telefon pintar terbaharu mereka V50 di Malaysia pada hari ini. Telefon ini hadir dengan pelbagai ciri menarik, termasuk sistem kamera ZEISS dengan tiga kamera 50MP serta bateri besar berkapasiti 6,000mAh.

image is not available

image is not available

Vivo V50 dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan resolusi FHD+ serta kadar segar semula 120Hz. Telefon ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 7 Gen 3, bersama memori mencapai 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB. Pada masa yang sama melepasi penarafan IP68/IP69 bersama Underwater Photography Mode disediakan.

image is not available

Sistem operasi FuntouchOS 15 yang berasaskan Android 15 turut digunakan dengan pelbagai ciri berasaskan AI yang memudahkan penggunaan harian. Contohnya, ia menawarkan ciri AI Eraser 2.0 yang membolehkan pengguna memadamkan objek yang tidak diingini dalam gambar dengan mudah untuk penghasilan semula imej lebih baik.

image is not available

image is not available

Vivo V50 juga dilengkapi tri-kamera 50MP ZEISS, yang terdiri daripada dua kamera di bahagian belakang dan satu kamera swafoto. Salah satu keistimewaan sistem kamera ini adalah fungsi ZEISS multifocal length yang menyokong tiga jarak tangkapan berbeza: 23mm, 50mm, dan 55mm.

Telefon ini juga menawarkan ciri AI Aura Light Portrait 2.0, yang memberikan pencahayaan lebih cerah untuk menghasilkan gambar potret yang berkualiti tinggi, terutamanya dalam keadaan cahaya rendah.

image is not available

Bateri berkapasiti 6,000mAh yang digunakan adalah jenis silikon-karbon dan menyokong pengecasan pantas 90W. Selain itu, pilihan warna yang menonjol seperti Ancora Red, Purple Mist, dan Satin Black turut menjadi tarikan.

image is not available

image is not available

Bagi yang berminat, vivo V50 kini tersedia di pasaran Malaysia dengan harga bermula RM1,899 (8/256GB) (online exclusive) , RM1,999 (12/256GB) dan RM2399 (12/512GB)