
Vivo V70 FE Tetapkan Standard Baharu Kamera Ultra-Clear & Bateri 7000mAh
Meneruskan legasi reka bentuk bergaya ikonik siri V, vivo Malaysia memperkenalkan vivo V70 FE, menawarkan pengalaman flagship ringan bagi pengguna yang menghargai gaya premium dan prestasi hebat.
Dilengkapi dengan kamera 200MP Ultra-Clear Imaging yang ditingkatkan, bateri BlueVolt 7000mAh, ketahanan habuk dan air bertaraf IP68 dan IP69, serta prestasi keseluruhan yang dipertingkatkan, model terbaru dalam siri V ini sesuai untuk pelancongan singkat dan penghasilan kandungan harian.

Flagship Nipis dan Ringan Mengutamakan Gaya Sebagai Fokus Utama
Menggunakan Radiant Flow Process, vivo V70 FE menampilkan kilauan gradasi halus yang menambah personaliti pada reka bentuknya yang rapi dan minimalis. Walaupun dilengkapi bateri berkapasiti besar, peranti ini kekal nipis dan ringan pada hanya 7.59 mm dan 200 g, memberi keselesaan ketika dipegang tanpa mengorbankan gaya atau kemudahan. Modul kamera minimalis yang disusun secara menegak turut menyerlahkan penampilan moden dan kemas, menghasilkan aura premium.
Ditawarkan dalam warna Muse Purple, vivo V70 FE terus mengekalkan reka bentuk berpandukan fesyen vivo, melalui ekspresi warna yang unik, manakala pilihan lain seperti Ocean Blue dan Urban Silver memberikan variasi yang sesuai dengan gaya peribadi pengguna.

Kamera Berkuasa Menangkap Setiap Pengembaraan dengan Kejernihan Maksimum
vivo V70 FE dilengkapi Mod Resolusi Tinggi 200 MP, direka untuk menghasilkan imej yang jelas dan stabil untuk pegembaraan mahupun penggunaan seharian. Dengan sensor besar 1/1.56”, penstabil imej optikal bertaraf CIPA 4.0, dan zoom sehingga 30x yang dipertingkatkan pada telefoto, vivo V70 FE membolehkan anda merakam pemandangan luas dan butiran jauh dengan ketelitian tinggi, sambil mengekalkan setiap perincian dalam setiap tangkapan.
Dengan fungsi Ultra-Clear Photo Crop, anda boleh memotong dan menyusun semula pelbagai pemandangan daripada satu gambar, sambil mengekalkan setiap perincian dan ketajaman untuk menceritakan kisah atau menyampaikan mood yang berbeza. Walaupun dipotong berulang kali, kualiti imej kekal terpelihara, memberikan ketajaman luar biasa sehingga 900% zoom.
Daripada landskap menakjubkan hingga ke gambar berkumpulan semasa melancong, imej kini boleh dicetak dalam format besar tanpa menjejaskan kualiti. Dengan fungsi 200MP Ultra-Clear Printing pada vivo V70 FE yang menyokong cetakan definisi tinggi sehingga 4× lebih besar berbanding 50MP, sambil mengekalkan setiap perincian dan ketajaman, menjadikan detik perjalanan boleh dijadikan kenangan fizikal yang kekal.

Apabila cuaca tidak menentu semasa dalam perjalanan, AI Magic Weather membolehkan pengguna menyesuaikan langit dan pencahayaan dengan satu ketikan, mengubah pemandangan mendung dan suram menjadi gambar yang hangat dan penuh emosi, memastikan tiada detik berharga terlepas. Selain itu, AI Magic Landscape meningkatkan warna dan suasana sambil menambah elemen AI bertema dengan lancar, menjadikan foto pemandangan laut, pulau, atau alam semula jadi lebih jelas dan terperinci, supaya subjek dan landskap tampil cantik dan menonjol.
Untuk merakam orang dan detik berharga di destinasi pelancongan ikonik, 85 mm Close-Up Portrait memudahkan penggambaran momen yang bercerita dengan mendekatkan subjek, mengaburkan latar yang sibuk secara lembut, dan mengekalkan wajah yang jelas serta ekspresif.
Di lokasi sesak, ciri AI Retouch seperti AI Erase membuang orang atau objek yang tidak diingini dengan mudah, manakala AI UHD meningkatkan ketajaman dan perincian dalam gambar beresolusi rendah atau jauh. Sementara itu, AI Color Adjustment menyelaraskan pencahayaan dan keseimbangan warna supaya foto kelihatan semula jadi dan terang dalam pelbagai keadaan.

Prestasi Berterusan dengan Tenaga Sepanjang Hari yang Andal
Memanfaatkan kehebatan kameranya, vivo V70 FE dilengkapi dengan bateri terbesar dan paling dalam siri V setakat ini, memberikan prestasi yang boleh dipercayai untuk penggambaran intensif, navigasi, dan perkongsian sosial sepanjang hari.
Dilengkapi dengan Bateri BlueVolt 7000 mAh dan menyokong 90W FlashCharge, vivo V70 FE direka untuk penggunaan harian yang panjang, sama ada dalam perjalanan atau aktiviti luar. Dengan cas penuh, vivo V70 FE menyokong sehingga 43.8 jam main YouTube secara berterusan, menjadikannya ideal untuk pelancongan jauh, perkhemahan, atau waktu rehat yang panjang ketika bergerak.
Malah dengan penggunaan intensif sepanjang hari, vivo V70 FE memberikan prestasi sepanjang hari yang boleh dipercayai, menyokong sehingga 16 jam penggunaan merentas lapan aplikasi utama seperti navigasi, fotografi, TikTok, YouTube, MLBB, Spotify, Instagram, dan LINE sambil masih mengekalkan 14% bateri, memastikan pengguna bebas risau ketika berada di luar.
Walaupun bateri hanya berbaki 5%, vivo V70 FE masih boleh menyokong sehingga 21.6 jam dalam mod standby atau 157 minit masa berbual dengan Super Battery Saver, yang membolehkan pengguna kekal berhubung walaupun tiada pengecas. Dibina dengan bahan premium dan dilengkapi teknologi kesihatan bateri yang dioptimumkan, vivo V70 FE juga memastikan Kesihatan Bateri 5 Tahun memastikan kebolehpercayaan jangka panjang.

Untuk menambah lagi kebolehpercayaannya, vivo V70 FE hadir dengan ketahanan habuk dan air bertaraf IP68 dan IP69, mampu menahan rendaman sehingga 1.5 meter selama 120 minit. Ini membolehkan pengguna kekal dilindungi dan merakam detik spontan dengan yakin, termasuk penggambaran bawah air, dalam pelbagai keadaan pengembaraan.
Dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 7360-Turbo cipset, vivo V70 FE memberikan prestasi lancar dan boleh dipercayai untuk tugasan harian, permainan, dan multitugas. Paparan AMOLED 1.5K Ultra-Clear dan pembesar suara stereo dual simetri meningkatkan visual dan bunyi, menjadikan pengalaman hiburan lebih menarik dan imersif.

OriginOS Baharu Menawarkan Produktiviti Pintar dan Kesambungan Tanpa Gangguan
Disokong oleh asas perkakasan yang berkuasa, vivo V70 FE menjalankan OriginOS 6 baharu, menawarkan pengalaman harian yang lebih pintar, lancar dan tersambung dengan baik.
Direka untuk meningkatkan kecekapan, Origin Island menyusun pemberitahuan dan pengurusan tugasan dengan lebih teratur, manakala rangkaian alat berkuasa AI, termasuk AI Search, AI Creation, AI Captions, dan Google Gemini yang dipertingkatkan lagi bagi membantu menyelesaikan tugasan harian dengan lebih pantas dan mudah.
Selain ciri pintar, OriginOS 6 juga memperkukuh kesambungan peranti yang lancar. Ciri seperti One-Tap Transfer dan vivo Office Kit membolehkan perkongsian fail mudah dan kerjasama merentas peranti yang lebih lancar, menyokong cara bekerja dan berkarya yang lebih fleksibel.

vivo Malaysia Melancarkan vivo V70 FE dengan Ciri-Ciri Flagship untuk Siri V
Menggabungkan kemampuan imej setaraf flagship, kuasa bateri tahan lama, reka bentuk dipertingkatkan, dan pengalaman perisian pintar baharu, vivo V70 FE mencerminkan komitmen berterusan vivo Malaysia untuk menyediakan teknologi premium dalam bentuk yang lebih mudah diakses.
Ketersediaan
vivo V70 FE akan ditawarkan dalam varian berikut:
16GB (8+8) + 256GB - RM1,599
24GB (12+12) + 256GB - RM1,799
16GB (8+8) + 512GB - RM1,999
RAM tambahan perlu diaktifkan melalui perisian, dan varian 16GB (8GB + 8GB) + 512GB hanya tersedia secara eksklusif melalui saluran dalam talian dan rakan telco terpilih. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.vivo.com/my
Untuk menikmati tawaran eksklusif, vivo Malaysia menawarkan ganjaran istimewa kepada pelanggan yang membuat pra-tempahan vivo V70 FE di semua vivo Concept Store dan secara dalam talian dari sekarang hingga 17 April 2026.
Pelanggan akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,256, termasuk vivo Buds Air3 dan V Selection Watch V3, serta 365 Hari Waranti Lanjutan vivo Care dan 180 Hari Perlindungan Skrin vivo Care. Selain itu, pelanggan juga layak menikmati rebat pra-tempahan RM100 dalam tempoh ini. Hadiah percuma adalah terhad dan diberikan berdasarkan siapa cepat, dia dapat, selagi stok masih ada.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pelan bayaran ansuran 0% dengan pulangan tunai melalui rakan bank terpilih seperti Public Bank, OCBC Bank, UOB Bank, dan Affin Bank. Pelanggan yang memilih pelan ansuran 0% selama 12 atau 24 bulan layak menerima rebat RM100, tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk fleksibiliti tambahan, pelanggan juga boleh memilih pilihan Beli Sekarang, Bayar Kemudian, di mana SPay Later menawarkan pelan ansuran 0% selama 6 bulan, manakala PayLater oleh Grab menawarkan pelan ansuran 0% selama 4 bulan.
Promosi ini hanya tersedia untuk tempoh terhad semasa tempoh pra-tempahan di vivo Concept Store terpilih.

