Vivo V80 Bakal Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

LocalTechnology
6 Nov 2026 • 5:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo V80 Bakal Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Siri vivo V bakal menerima model baharu menerusi Vivo V80 dalam masa terdekat. Peranti itu mula mencuri perhatian selepas vivo berkongsi imej promosi awal yang memperlihatkan beberapa elemen rekaannya.

Berdasarkan imej dikongsi, V80 hadir dengan kemasan ungu gelap bersama sentuhan tona ungu muda pada bingkai modul kamera. Panel belakangnya pula menggunakan kemasan berkilat dengan kesan pantulan cahaya yang lembut sekali gus mewujudkan penampilan yang lebih premium.

Image from: Vivo V80 Bakal Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Peranti ini turut menggabungkan sisi dan bucu yang melengkung, manakala modul kameranya berbentuk segi empat dengan bucu yang dibulatkan. Ia juga menempatkan dua kamera utama bersaiz besar serta satu sensor tambahan yang disusun kemas pada bahagian belakang.

Buat masa ini, vivo masih belum menyenaraikan peranti tersebut di laman web rasminya. Pada masa yang sama, spesifikasi dalaman yang bakal ditawarkan untuk pasaran Malaysia juga masih belum didedahkan. Setakat ini, vivo V80 hanya dilancarkan di India.

Sumber: Facebook

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved