Vivo V80 Lite 5G Dilancarkan Dengan Bateri 10,000mAh Pada Harga Bermula RM1499

LocalDigital
3 Sep 2026 • 7:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo V80 Lite 5G Dilancarkan Dengan Bateri 10,000mAh Pada Harga Bermula RM1499

vivo secara rasmi memperkenalkan vivo V80 Lite 5G, dengan tarikan utama bateri berkapasiti besar 10,000mAh. Bateri ini menggunakan teknologi 4th-Generation Silicon Anode dan Cube Packaging 2.0, yang membolehkan kapasiti lebih besar dimuatkan dalam ruang peranti yang sama. vivo mendakwa kapasiti ini meningkat sehingga 54% berbanding generasi sebelumnya.

Image from: Vivo V80 Lite 5G Dilancarkan Dengan Bateri 10,000mAh Pada Harga Bermula RM1499

Selain itu, V80 Lite 5G menggunakan 2nd-Generation Semi-Solid Electrolyte yang direka untuk memberikan prestasi lebih stabil dalam suhu ekstrem, dengan julat operasi antara -30°C hingga 45°C. Dalam suhu 45°C, bateri dikatakan mampu bertahan sehingga 51 jam untuk panggilan telefon dan 17 jam untuk navigasi. D

ari aspek ketahanan, vivo mendakwa bateri V80 Lite 5G mampu mengekalkan sekurang-kurangnya 80% kesihatan bateri selepas enam tahun. Ia turut dilengkapi sistem 6-Layer Battery Protection termasuk perlindungan pengecasan semalaman, suhu tinggi, arus dan voltan serta fungsi Bypass Charging.

Image from: Vivo V80 Lite 5G Dilancarkan Dengan Bateri 10,000mAh Pada Harga Bermula RM1499

Dari segi rekaan, telefon ini hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Afterglow Pink, Emerald Green dan Dawn Black. Ia mempunyai skrin 6.83″ 1.5K OLED dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan sehingga 2,000 nits dan sokongan 1.07 bilion warna. Ia turut menawarkan kepadatan 449 PPI serta sokongan HDR10+, selain menerima pensijilan seperti HDR10+ dan Netflix HDR.

Ini dipadankan dengan cip Dimensity 7300e, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB, kamera utama 50+2 MP dan kamera hadapan 32MP. Tubuh melepasi piawaian kalis air serta debu IP69 serta turut mempunyai sistem speaker stereo.

Image from: Vivo V80 Lite 5G Dilancarkan Dengan Bateri 10,000mAh Pada Harga Bermula RM1499

Vivo V80 Lite 5G ditawarkan di Malaysia pada harga bermula harga RM1,499 (6 +128GB) , 6GB + 256GB pada harga RM1,799 dan 8GB + 256GB pada harga RM1,999. Setiap pembelian akan disertakan dengan hadiah percuma seperti projektor pintar, beg galas, TWS terpilih dan pemegang kad. Selain itu, vivo turut memberikan pakej waranti percuma yang merangkumi 4 tahun waranti bateri, 1 tahun perlindungan panel belakang, 1 tahun waranti tambahan serta 1 tahun waranti pelbagai negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved