Vivo V80 Mula Diperlihatkan Dengan Skrin 144Hz, Tri-Kamera ZEISS 50MP, Bateri 7200mAh

TechnologyDigital
24 Sep 2026 • 1:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo V80 mula diacah di laman web vivo India dengan rekaan premium menggunakan kaca ukiran khas dan modul kamera moden. Ia juga dilengkapi sistem kamera ZEISS dengan sensor utama 50MP OIS Sony LYTIA 700V, telefoto 50MP IMX882 sehingga 100x zum, ultra lebar ZEISS serta swafoto 50MP sudut lebar 92 darjah dengan autofokus.

Image from: Vivo V80 Mula Diperlihatkan Dengan Skrin 144Hz, Tri-Kamera ZEISS 50MP, Bateri 7200mAh

Peranti ini bakal menyokong rakaman video 4K 60fps dengan kesan sinematik seperti Vibrant, Modern Movie dan Pastel. Vivo turut menawarkan ZEISS 100mm Center‑Stage Portrait dan 85mm Portrait dengan bokeh sinematik yang terperinci. Ia turut akan dilengkapi mod Cinematic in Motion, Iconic in Portrait dan 4K Cinematic Video yang bantu meningkatkan keupayaan kamera sebagai komponen utama.

Image from: Vivo V80 Mula Diperlihatkan Dengan Skrin 144Hz, Tri-Kamera ZEISS 50MP, Bateri 7200mAh

Selain itu, V80 dijangka hadir dengan paparan OLED 1.5K yang menyokong kadar segar semula 144Hz. Ia juga bakal dilengkapi fungsi Nighttime Eye Protection yang mampu menurunkan kecerahan sehingga 1 nit serta paparan seakan kertas bagi pengalaman membaca lebih selesa. Bateri 7200mAh digunakan menjadi kapasiti yang terbesar dalam siri V dan menyokong pengecasan pantas sehingga 90W.

Image from: Vivo V80 Mula Diperlihatkan Dengan Skrin 144Hz, Tri-Kamera ZEISS 50MP, Bateri 7200mAh

Vivo turut dijangka memberi penekanan terhadap kecerdasan buatan melalui AI Creative Camera, Pet Pals, Snap Note dan Security Shield bagi memudahkan urusan harian. Ia juga bakal menawarkan kemas kini keselamatan sehingga enam tahun. Tiga pilihan warna akan ditawarkan iaitu Sunrise Anthem, Horizon Blue dan Stellar Black.

Buat masa ini, tiada tarikh pelancaran rasmi diumumkan termasuk sama ada ia akan memasuki pasaran Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved