Vivo Watch 3 Kini Rasmi Dengan eSIM, Blue OS Dan Bateri 16 Hari

TechnologyDigital
14 Nov 2023 • 8:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo Watch 3 turut diumumkan semalam seiring pengenalan siri X100. Ia disediakan dalam satu saiz iaitu 46mm, namun boleh didapati dalam dua reka bentuk bersama tali sejenis silikon lembut atau kulit. Ia juga ringan dengan berat sekitar 36 gram.

image is not available

Skrin adalah sejenis AMOLED bersaiz 1.43-inci yang menyokong 444 X 466 piksel dan fungsi Always on display. Ini dipadankan juga tombol berputar pada sisi kanan bagi tujuan menavigasi antaramuka, kemudian diikuti dengan satu butang kedua di bawahnya.

image is not available

Peranti juga menjalankan BlueOS yang merupakan sistem operasi tersendiri Vivo, di samping mempunyai sokongan kedai aplikasi terbina. Selain turut memuatkan sensor terbina, Star Ring Health Sensor dengan gabungan teknologi analisis kadar jantung berasaskan AI untuk kemampuan menjejak lebih baik.

image is not available

Lain-lain spesifikasi termasuk hayat bateri sehingga 16 hari, 64MB RAM dan storan 4GB dibekalkan, menyokong eSIM, kalis air 5ATM dan NFC. Harga jualan bermula RMB 1,099 (bluetooth/tali lembut), RMB 1,199 (bluetooth/tali kulit), RMB 1,299 (eSIM/tali lembut) dan RMB 1,399 (eSIM/ tali kulit).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved