Vivo X100 Dan X100 Pro Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

TechnologyDigital
11 Dec 2023 • 5:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti mercu Vivo menjadi tumpuan menerusi kebolehan fotografi yang baik. Siri Vivo X100 merupakan variasi paling terkini yang diumumkan, dan menariknya lagi didapati telah melepasi SIRIM di Malaysia. Ini kebiasannya memberi petanda bahawa pelancaran untuknya boleh berlangsung dalam masa terdekat.

image is not available

Peranti telah didaftarkan oleh VTalent Business Sdn Bhd dengan kod nama V2308 (X100) sejak 16 November 2023, kemudian diikuti pula dengan kod nama V2309 (X100 Pro) pada 1 Disember lalu. Pelancaran global juga telah dijadualkan berlangsung pada 14 Disember ini, yang bermakna kita boleh menyasarkan bakal tiba di Malaysia pula tidak lama selepas itu, atau mungkin sebaliknya.

image is not available

Persoalan utama kini semestinya tertumpu pada spesifikasi dalaman yang masih belum jelas sama ada serupa dengan variasi di China atau sebaliknya. Seperti biasa sama-sama nantikan kemaskini lebih lanjut daripada Vivo Malaysia berhubung perkara ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved