Telefon mercu baharu Vivo X200 Pro telah ditemui di pangkalan data SIRIM Malaysia. Ini bermakna peranti tersebut dijangka boleh ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Seterusnya menyediakan lebih banyak pilihan produk berkualiti yang berkualiti tinggu buat pengguna.

Hal ini dikatakan demikian kerana peranti ini dilihat hadir dengan spesifikasi berkuasa sewaktu pelancaran di China tempoh hari. Perkara itu jelas memberi petanda bahawa model global kelak juga menarik menerusi pembaharuan diberikan berbanding generasi sebelum ini.

Peranti telah didaftarkan oleh VTALENT BUSINESS Sdn Bhd dengan kod nama V2413 (X200 Pro) sejak 22 Oktober 2024. Butiran mengenai spesifikasi masih belum dapat dipastikan namun sekiranya sama dengan model di China bermakna cip Dimensity 9400 dan kamera ZEISS 200MP boleh digunakan pada peranti ini.


