Vivo telah melancarkan X200 Ultra di China sebagai telefon pintar mercu baharu. Ia menggunakan cip Snapdragon 8 Elite, bersama pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 1TB. Peranti turut menampilkan skrin sejenis LTPO OLED melengkung 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz.

Terdapat kamera utama 50MP dan kamera ultra-lebar 50MP dengan kedua-duanya menggunakan sensor Sony LYT-818 1/1.28”. Di samping, kamera telefoto 200MP Samsung HP9, yang menggunakan teknologi prisma untuk keupayaan menangkap cahaya dengan lebih banyak untuk menghasilkan imej yang lebih terperinci. Sensor ini juga menyokong zum dalam sensor sehingga 12X dengan kualiti imej terjaga.

Terdapat juga butang fizikal khas untuk kamera. Fungsi butang ini menyerupai Camera Control pada beberapa peranti iPhone baharu yang boleh digunakan khusus untuk mengaktifkan kamera. Misalnya seperti mengawal zum, fokus, atau tetapan lain untuk penghasilan imej yang lebih baik. Butang ini turut dihiasi dengan warna biru dan diletakkan sedikit lebih rendah, serta boleh dikawal dengan cara menyeret.

Vivo X200 Ultra dilengkapi dengan telephoto teleconverter 2.35x hasil kerjasama dengan ZEISS. Ia menawarkan panjang fokus 200mm, apertur besar F/2.3, dan struktur Kepler dengan 13 kanta berkualiti tinggi untuk imej yang lebih jelas. Selain itu, terdapat juga kit fotografi khas yang menyediakan pemegang dengan butang pengatup, bateri tambahan 2,300mAh, dan lain-lain. Kit ini direka untuk memudahkan fotografi profesional menggunakan telefon pintar.
Bateri pula sebesar 6000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W dan nirwayar 40W. Lain-lain spesifikasi termasuk pengimbas cap ultrasonik di skrin, pembesar suara stereo, port USB-C dan kalis air IP68/69.
