Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699

LocalTechnology
27 Oct 2026 • 6:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699

Selepas dinantikan ramai, siri vivo X500 kini rasmi dilancarkan di Malaysia. Peranti terbaharu vivo ini memberi tumpuan kepada kemampuan fotografi dan videografi yang dipertingkatkan di samping spesifikasi mercu yang menyasarkan pengguna mahukan prestasi tanpa kompromi.

Vivo X500 Pro Max hadir dengan skrin 6.85″ 2K ZEISS Master Color Display yang menyokong kadar segar semula 144Hz, Dolby Vision serta Ultra XDR. Paparan ini turut dilindungi dengan Armor Glass untuk ketahanan tambahan. Tunjang utama peranti pula dijana oleh cip MediaTek Dimensity 9600 Pro yang dipadankan dengan memori 12GB RAM serta storan 512GB.

Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699

Tumpuan utama X500 Pro Max sudah semestinya pada sistem kameranya. Ia menggunakan kamera telefoto 200MP berasaskan sensor Samsung HP0 dengan teknologi ZEISS APO, di samping sokongan penstabilan CIPA 7.0 dan autofokus 60fps. Kamera utama 50MP pula dipadankan dengan teknologi VCS 4.0 serta penstabilan gimbal bagi meningkatkan kualiti gambar dan video yang dirakam.

Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699
Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699

Melengkapkan sistem kamera ialah lensa ultra-lebar 50MP, di samping sensor pemfokusan laser Multi-Zone yang menggunakan 1,536 titik laser bagi meningkatkan ketepatan fokus. Kamera hadapan pula menggunakan sensor 50MP untuk swafoto. vivo turut menawarkan telekonverter sehingga 400mm bagi mereka yang ingin merakam subjek dari jarak lebih jauh.

Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699
Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699

Peranti ini juga dibekalkan bateri berkapasiti 7,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan 40W nirwayar. Dari segi perisian, ia menjalankan OriginOS 7 berasaskan Android 17 dengan pelbagai ciri tambahan seperti Origin Workbench, Fluid Motion, Seamless Interaction, Shake and Share serta Vivo Office Kit.

Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699
Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699
Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699

Vivo X500 Pro pula menggunakan paparan AMOLED 6.36″ dengan kadar segar semula 144Hz serta sokongan Dolby Vision dan Ultra XDR. Tunjang utama peranti ini dijana oleh cip MediaTek Dimensity 9600 Pro bersama memori 12GB RAM dan storan 512GB. Ia turut dibekalkan bateri berkapasiti 6,510mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W berwayar dan 40W nirwayar, di samping menjalankan OriginOS 7 berasaskan Android 17.

Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699
Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699
Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699

Sistem kamera utamanya terdiri daripada lensa telefoto 64MP ZEISS APO bersama penstabilan CIPA 7.0, lensa utama 50MP dengan Gimbal Grade OIS serta lensa ultra-lebar 50MP JN5 15mm. Peranti ini turut menyokong telekonverter sehingga 200mm untuk rakaman jarak jauh, manakala kamera hadapan 50MP digunakan untuk swafoto.

Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699
Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699
Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699

Sementara itu, vivo X500 hadir dengan skrin 6.59″ ZEISS Master Color Display, dijana cip MediaTek Dimensity 9600M serta dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Ia juga menggunakan bateri berkapasiti 7,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W.

Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699
Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699

Bagi yang berminat, X500 kini ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM4,699 manakala versi Pro dijual serendah RM5,699 (harga asal RM5,999). Sempena tempoh pratempahan yang berlangsung sehingga 2 November 2026, pembeli turut boleh menikmati pelbagai tawaran menarik termasuk rebat sehingga RM1,000 untuk model terpilih serta peluang memenangi tiket Jay Chou Carnival World Tour 2027 menerusi cabutan bertuah.

Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699
Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699

Model paling premium vivo X500 Pro Max pula ditawarkan pada harga RM6,099 bagi tempoh terhad berbanding harga asal RM6,399. Turut tersedia ialah Telephoto Kit (400mm) bersama ZEISS Telephoto Extender Gen 2 Ultra pada harga RM6,998. Kedua-duanya boleh dimiliki menerusi pelan ansuran 24 bulan dengan bayaran bulanan bermula RM249.96 untuk X500 Pro Max dan RM287.42 untuk Telephoto Kit.

Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699
Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699

Pembeli juga akan menerima AI Face Tracking Selfie Tripod, Magnetic Wireless Microphone dan vivo Buds Pro, di samping jaminan peranti selama dua tahun serta jaminan global setahun yang merangkumi perlindungan lensa kamera. Vivo turut menyediakan beberapa insentif lain termasuk rebat melalui platform pembayaran terpilih, program tukar beli, potongan harga bagi produk IoT serta akses Google AI Pro selama tiga bulan bersama storan awan 5TB.

Image from: Vivo X500, X500 Pro Dan X500 Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM4699

Bagi yang ingin melengkapkan lagi pengalaman penggunaan, vivo juga menawarkan aksesori seperti Power Bank 10,000mAh 33W pada harga RM129, vivo Headphones (RM599), vivo Buds Clip (RM799) dan vivo Buds Ultra (RM999) dengan diskaun tambahan untuk pengguna vivo sedia ada.

Harga jualan

  • Vivo X500 Pro Max (12/256GB) – RM6399
  • Vivo X500 Pro Max (12/256GB) – RM6999
  • Vivo X500 Pro Max Photographer Kit (12/1000GB) – RM9699
  • Vivo X500 Pro (12/256GB) – RM5999
  • Vivo X500 (12/256GB) – RM4699
  • Vivo X500 (12/512GB) – RM5299
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved