Vivo Y100 5G Dengan Snapdragon 4 Gen 2 Dilancarkan Secara Rasmi

TechnologyDigital
26 Jan 2024 • 11:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo Y100 5G dengan Snapdragon 4 Gen 2 telah dilancarkan secara rasmi di Indonesia. Peranti ini berbeza dengan beberapa model sebelum ini yang juga mempunyai penjenamaan yang sama, baik dari segi rekaan mahupun spesifikasi dalaman.

image is not available

Melaluinya tubuh berkotak dengan panel belakang kulit fiber digunakan untuk menciptakan kesan premium. Ini digabung pula modul kamera empat segi yang memuatkan sistem tri-kamera dalam susunan menegak. Panel hadapan pula sejenis berlubang, dan sebanyak dua variasi warna disediakan iaitu Ungu Anggerik/Hitam Onyx.

image is not available

Seterusnya peranti juga menggunakan skrin AMOLED 6.67″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Panel ini juga memuatkan kamera swafoto tunggal 8MP dan pengimbas cap jari pada skrin. Dalam masa sama menawarkan kecerahan puncak 1,200nits, gamut warna DCI-P3 dengan 100% SRGB dan kemampuan paparan sehingga 1.07 billion warna.

image is not available

Tunjang utama dijana dengan cip Snapdragon 4 Gen 2, memori 8GB RAM dan storan sehingga 256GB. Bateri 5000mAh disertakan pula boleh dicas menggunakan port USB-C dan pengecasan 80W FlashCharge.

image is not available

Peranti juga mempunyai kamera utama 50MP + 8MP, selain juga kalis air IP54 sebagai pelindungan tambahan. Harga jualan bermula pada IDR 3,899,000 (~RM1,163.85) untuk 8/128GB manakala versi 8/256GB ialah IDR 4,199,000 (~RM1,253.40) sebuah.