Vivo Y100 5G dilancar pada RM1,199, percuma fon putik & lanjutan waranti

Digital
28 Feb 2024 • 5:23 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Secara rasminya Vivo Malaysia melancarkan telefon kelas pertengahan Vivo Y100 5G. Dengan slogan "That's Y100 Fun", siri-Y itu mensasarkan kepada belia dan remaja yang gemarkan cabaran dan hiburan.

Harga dan promosi Vivo Y100 5G

Pengguna di Malaysia yang berminat untuk mendapatkan Vivo Y100 5G boleh melakukan pembelian di E-store Vivo, kedai Vivo di TikTok mahupun menerusi gedung rasmi Vivo di Lazada atau Shopee pada harga berikut:

  • Vivo Y100 5G (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM1,199

image is not available

Sempena pelancarannya, setiap pembelian Vivo Y100 5G bermula 28 Februari hingga 28 March akan menerima hadiah bernilai RM298:

  • Fon putik Vivo
  • 1- tahun lanjutan waranti

image is not available

Spesifikasi Vivo Y100 5G

Vivo Y100 5G merupakan telefon dengan skrin AMOLED seluas 6.67-inci HD penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Kecerahan skrin ini boleh mencecah 1,200 nits. Pengimbas capjari turut dipasang di dalam skrin.

Ia dikuasakan cipset Snapdragon 4 Gen 2 4nm, dengan RAM LPDDR4X seluas 8GB serta storan dalaman UFS 2.2 sebesar 256GB. Kad mikro-SD diterima sehingga 1TB untuk meluaskan storan. Vivo Y100 menggunakan sistem operasi FunTouch OS 14, berasaskan Android 14.

image is not available

Untuk optiknya, terdapat kamera hadapan 8MP F2.0 yang dimuatkan pada lubang kecik pada dahi skrin. Manakala di belakang, ia dilengkapi kamera utama 50MP F1.8 dan kamera ultra lebar 8MP F2.2. Lensa ketiga dimuatkan dengan 'Flicker Sensor'.

image is not available

Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh yang  boleh dicas menggunakan blok pengecas 80W FlashCharge. Kapasiti bateri itu dikatakan  akan kekal melebihi 80% selepas 4-tahun digunakan. Untuk audionya, diberikan dual speaker stereo. Terdapat dua pilihan warna ditawarkan untuk Vivo Y100 5G, iaitu kemasan kulit berwarna ungu atau kaca berwarna hitam.

Berminat untuk memiliki Vivo Y100 5G? Anda boleh membelinya pada harga RM1,199 di E-store Vivo, kedai Vivo di TikTok mahupun menerusi gedung rasmi Vivo di Lazada atau Shopee.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Vivo Y100 5G.

Bacaan berkaitan: