Vivo Y17s Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM599

TechnologyDigital
2 Oct 2023 • 12:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo Y17s kini diumumkan secara rasminya di Malaysia dengan penawaran sesuai kegunaan harian. Dengan tanda harga RM599 sebuah, peranti ini disediakan dalam dua pilihan warna sama ada, Glitter Purple dan Forest Green. Ketersediaan adalah bermula hari ini menerusi pengedar sah Vivo di seluruh Malaysia.

image is not available

Vivo Y17s dilengkapi skrin IPS LCD sebesar 6.56-inci beresolusi HD+, di samping sokongan kadar segar semula 60Hz dan kecerahan puncak 480nits. Ini dipadankan juga dengan cip Helio G85, memori 6GB RAM LPDDR4X, storan dalaman 128GB eMMc dan bateri 5000mAh dengan pengecasan 15W.

image is not available

Turut melengkapinya adalah kamera utama 50MP + 2MP dan kkamera swafoto pula sebesar 8MP yang diletakkan di dalam takuk kecil. Peranti juga menawarkan bicu audio 3.5mm, kalis air IP54, sambungan bluetooth 5.3 dan port USB-C.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved