Vivo Y27, peranti murah terbaru dikuasakan Helio G85 dan pengecas 44W

Digital
13 Jul 2023 • 7:49 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Siri-Y Vivo kini hadir dengan model baharu yang sangat murah. Vivo Malaysia menyatakan Vivo Y27 4G akan mula dijual pada 15 Julai 2023 di seluruh kedai konsep Vivo dengan harga rasmi:

  • Vivo Y27 4G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM699

image is not available

Spesifikasi Vivo Y27 4G

Vivo Y27 4G menggunakan cip Mediatek Helio G85 sebagai penggerak utama, bersama RAM 6GB yang boleh diperluas secara maya menjadi 12GB, serta storan dalaman 128GB.

Skrinnya berukuran 6.64-inci dengan resolusi HD penuh. Kapasiti bateri sebesar 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 44W, antara terbaik dalam julat harganya.

image is not available

Kamera hadapan Vivo Y27 4G menggunakan sensor 8MP dan terletak di dalam takuk di dahi skrin. Di belakang, ia menggabungkan kamera utama 50MP dan kamera kedua 2MP. Ia datang dengan beberapa fungsi seperti mod malam, potret, panorama, slo-mo dan banya lagi.

Pengguna di Malaysia disediakan dengan dua pilihan warna untuk Vivo Y27 4G iaitu biru dan hitam. Nantikan pengumuman lanjut Vivo Malaysia menerusi Facebook rasmi mereka.

image is not available

Bacaan Berkaitan